Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 13, 2014

Berita Pagi : Ahli PAS dinasihat tidak terlibat dengan NGO Pasma - Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menasihatkan kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti  anjuran NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh NGO tersebut.

"Selaras dengan peringatan  Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma," kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak juga menggesa kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.

Majlis Syura Ulamak juga jelasnya, memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam.

Ianya termasuk gerakan membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit.

hd
      

1 ulasan:

  1. Mengarut...!! Yg melemahkn gerakan islam di Malaysia adalah jemaah pas sndiri..x cerdik,berlagak dan sombong...merasa diri hebat...knp gerakan islam di turki blh berjaya? Itu kerana mereka mmpunyai pemimpin yg cerdik dlm masyakat majmuk berbagai bangsa....pemimpin2 islam di turki lebih terkehadapan dlm memperjuang kn hak islam..Walaupn mereka tdk lah berserban dan berubah...x pula sombong mcm pemimpin2 pas yg sntiasa prasaan bgusssssss!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...