Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 07, 2014

Berita Malam : Kes dua Adun, PAS Pusat putus 12 Oktober

KUALA LUMPUR: PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat itu nanti, beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengan beliau pada 29 September lalu.

"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat  Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.


Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut amalan biasa, apabila sesuatu kes itu diangkat kepada Mesyuarat PAS Pusat, maka kes tersebut tidak perlu lagi melalui jawatankuasa disiplin parti.

"PAS Pusat ada bidang kuasa tersendiri untuk membuat apa-apa keputusan berkait tindakan disiplin terhadap anggota parti," katanya.

hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...