Khamis, September 18, 2014

Berita Pagi : Dewan Ulamak PAS, Kekalkan MB Selangor sedia ada

Muktamar PAS2KULAIJAYA 17 SEPT: Dewan Ulamak PAS mempertegaskan pertukaran Menteri Besar Selangor tidak perlu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut kekal dengan jawatannya.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata ia kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka tertuduh patut dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui peletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

“Segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam,” kata Ahmad Yakob dipetik Harakah Daily.


Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan daripada perspektif syarak kewajaran wanita memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya memerintah.

Muktamar PAS3“Sebarang persetujuan melantik pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan ‘Pertegas Prinsip Perjuangan’ di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, hari ini.

Dalam persoalan ini, katanya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS.

sk 


Program Toneexcel WOW mendapat sambutan luarbiasa seluruh negara..pengguna-pengguna telefon berebut-rebut untuk menyertai Toneexcel. Peluang dah ada depan mata kenapa nak biarkan saja.

Daftar SEGERA hari ini.. dan kami akan Terangkan LEBIH LANJUT dan BANTU ANDA untuk BERJAYA BERSAMA KAMI.

Pakej Jutawan klik sini


http://tonexpress.com/?id=bestnya

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng