Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 25, 2014

[ Jika Tiada Campur Tangan Umno ] Mahkamah isytihar Akta Perhimpunan bertentangan perlembagaan, kemenangan rakyat

SHAH ALAM 25 APRIL : Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 bukti rakyat berhak berhimpun secara aman tanpa perlu notis 10 hari.

Bercakap kepada Selangor Kini, Nik Nazmi menyifatkan kes pertama kali dalam sejarah ini sebagai kejayaan rakyat yang harus diraikan selain menjadi motivasi untuk sesiapa menyuarakan pandangan serta bantahan.

Nik Nazmi12Katanya, keputusan hari ini juga penting dalam memberi mesej kepada pihak yang berniat jahat menakut-nakutkan penganjur dan rakyat dengan menggunakan akta yang tidak sah.

“Mahkamah Rayuan bukan sahaja ketepikan pertuduhan terhadap saya malah isytihar Seksyen 9(5) sebagai tidak sah serta bertentangan perlembagaan.

“Alhamdulillah, ini satu keputusan bersejarah sejak 57 tahun kemerdekaan negara dan keputusan ini membuktikan rakyat berhak berhimpun secara aman,” katanya yang dihubungi.

Pagi tadi, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Panel yang diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Sehubungan itu, Nik Nazmi menggesa rakyat untuk turun berhimpun sekali lagi pada awal bulan depan sempena Himpunan 1 Mei Bantah GST di Kuala Lumpur.

“Kita jadikan keputusan hari ini sebagai satu penanda aras untuk kita berhimpun secara aman tanpa rasa takut,” katanya.

Pada tahun lepas, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia didakwa di bawah PAA berhubung penganjuran himpunan Black 505 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya.

Sewaktu Rang Undang-undang (RUU) PAA dibahas di Parlimen pada 2011, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Pada waktu itu juga, lebih 1,000 peguam menyertai ‘perarakan peguam’ di hadapan bangunan Parlimen diketuai Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee bagi membantah RUU itu.

Mereka bertegas undang-undang baru itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun. EZY

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...