Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 11, 2013

Beri peluang Pak Lah jawab - DSAI

Anwar Ibrahim 

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan peluang untuk menjawab perspektif negatif mengenai buku 'Awakening-The Abdullah Badawi Years In Malaysia'.  

Anwar berkata, penerbitan buku itu membuktikan Abdullah berani untuk memberikan pandangan dan memiliki wacana segar yang boleh diperdebat dalam kalangan pemimpin.

“Isunya boleh diteliti malah adalah lebih baik sekiranya perwakilan Umno membahaskannya selain membangkitkan isu perkauman dan gangguan kuasa mahupun projek ketika persidangan (Umno) berlangsung.

“Diskusi sihat ini akan memberikan impak kepada pimpinan Umno dan lebih relevan diperdebatkan memandangkan beliau (Abdullah) berani menyatakan pandangannya secara terbuka,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri di Kampung Simpang Tiga, Kubang Ulu semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Sinar Harian melaporkan buku terbabit mengandungi koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang dan bukan tulisan Abdullah walaupun ada disiarkan wawancara editor buku dengannya.

Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku berkenaan.

SinarHarian
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...