Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 01, 2013

Isu Kalimah ALLAH: Nik Aziz ulangi pendirian


Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH)./SinarHarianOnline

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...