TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, Mac 31, 2011

Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video)

tvselangor 31032011 - Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar.mpg

woit..polis malaysia dah takdak keja lain ka..kekekekekkekeke.

Ceramah DNA: Polis arah Anwar rakam kenyataan
 
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikehendaki hadir ke ibu pejabat polis bagi merakamkan kenyataannya berhubung kekecohan pada sebuah perhimpunan 25 Mac lalu apabila polis dikatakan cuba menyuraikannya.

NONEMenurut naib presiden PKR, N Surendren, polis menyerahkan notis semalam dan berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit.

Surendren mendakwa siasatan ke atas Anwar dijalankan dengan niat jahat dan dengan jelas bermotifkan politik.

Ia juga adalah contoh salah guna kuasa yang paling ketara,” katanya.

“Kami tuntut siasatan tidak berasas ini dihentikan segera dan semua yang betanggungjawab memulakannya dibawa ke muka pengadilan kerana salah guna kuasa, tidak kira setinggi atau sepengaruh mana mereka itu,” katanya dalam satu kenyataan.

NONEPerhimpunan Jumaat lalu yang sepatutnya adalah majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang di Taman Melawati, Hulu Kelang, berjalan lancar sehingga polis campur tangan ketika Anwar sedang betucap.

Hadirin yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap bertindak membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan.

NONEPada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Akibat kekecohan itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis..MalaysiaKini

Komen Hamba Allah :
woit..polis malaysia dah takdak keja lain ka..kekekekekkekeke.
patut la jenayah lain melambak2 la nei..
hangpa dok keja nak tahan ahli politik ja..
kalau kerajaan buat semua takpa...
kalau pembangkang...langsung takleh....
kalau mcm nei..
baik hangpa tak payah buat pilihanraya..caitttt...
bagi semua duit rakyat kat bik mama la..kekekeke.
suruh dia pi shopping...ekkekekekee
.

Sivarasa Rasiah Beri Amaran Kepada Dato "T"...!!!


SHAH ALAM 31 MAC: Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti daripada terus mempertikaikan perjalanan Anwar di Thailand atau ke mana sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berhubung artikel dalam Insider Malaysia yang bertajuk “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menasihatkan anak guamnya supaya tidak menjawab sebarang kenyataan yang tidak berasas dan sekiranya Eskay mempunyai bukti dan asas yang kukuh maka beliau perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“ Jika Eskay mempunyai membuat sebarang tuduhan, beliau perlu melakukannya mengikut lunas perundangan yang betul,” katanya.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah salah seorang daripada trio ‘Datuk T’ berhubung klip video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dua lagi individu dalam trio ‘Datuk T’ adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Beliau menambah, Eskay cuba untuk menjadi ‘hero’ melalui pendedahan yang dilakukannya dan memanfaatkan sepenuhnya kekebalan daripada sebarang pendakwaan yang diberikan oleh kerajaan walaupun secara nyata melakukan jenayah dengan menganjurkan tayangan video lucah kepada awam.

“ Sebarang tuduhan tidak berasas yang dibuat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sesuai dan tegas,” ujar beliau lagi.
Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam klip sepanjang 21 minit tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.TVSNEWS

DSAI Seru Kepada Rakyat Sarawak..!!

Anwar seru buat perubahan politik secara aman
KUCHING, 30 Mac: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan ‘reformasi’ di kalangan 300 penduduk setempat, lapor Keadilan Daily.

Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap.

Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.
Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis.
Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.

“Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.
“Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut ‘mencipta’ halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.

Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious.

“Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.

 Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan.
“Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

“Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila),” katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.

Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat ‘lari’ hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

“Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat,” katanya.HarakahDaily

Komen : Ayuh!!!! rakyat sarawak tua, muda mari membuat perubahan...pada PRN sarawak...

Doa Untuk DSAI...!!(video)

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim

Rabu, Mac 30, 2011

Dr Asri : Para Mufti Wajar Menyatakan Pendirian Isu Video Seks

Mufti wajar nyata pendirian, kata Dr Asri
Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

NONEMengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau “mengepalai” perhimpunan anti-politik lucah itu.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa “ada tokoh besar lain” yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut.

“Ada tokoh utama dalam masyarakat, tetapi bukan saya,” katanya.

Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat.

Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah :
Mufti2 mane pergi. mane pakar2 AGAMA dlm kerajaaan. mane KHIR baharom. jgn asik bg futwa pd perkara yg menjadi Khilafu aula'.. cuba kuarkn watfa pd isu2 besaa.. knp senyap. takut utk keluarkan padangan. or jg periuk Nasi. ingt kalo sekadar jg Periuk NASI baik xyah dok dlm BIDANG AGAMA.. itu yg dinamekan "SYAITAN BISU" tkut utk meluahkan perkara yg BENAR demi diri sendiri.. or demi KUASA.......

DSAI : Rakyat Sarawak Mampu Bangkit Tamatkan Perintah Rasuah(video)

TVSelangor09 30032011 Rakyat Sarawak Bakal Ikut Semangat Mesir,Tunisia

DSAI Semakin Kukuh..!! Dengan Fitnah Terbaru!!

VIDEO SEKS KUKUH KAN ANWAR – wall street journal

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini. Tukar Tuib

Komen : Kami anak muda bersama dengan DSAI walaupun dengan apa cara sekali pun...... kami lawan sampai menang...!!!

Video seks: Kami tak takut siasatan tapi guna qazaf, kata Pemuda PAS

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac —Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata parti Islam tidak takut pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan awal minggu lalu, didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar (pun) tidak pernah takut pada siasatan, malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat.

“Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam," kata Nasrudin (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas pandangannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Rakaman video seks itu, yang tiga “Datuk T” mengakui bertanggungjawab ke atasnya, dipertontonkan kepada wakil media awal minggu lalu.

Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut termasuk telah mengambil keterangan daripada tiga “Datuk T”.
Akhbar itu memetik Nasrudin antara lain berkata, beliau bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan dan ketelusan.

Dalam penjelasan hari ini, Nasrudin berkata, menuduh mesti berbukti dan bersaksi menepati kehendak prindip Islam.
“Siasatan dan pembicaraan mesti adil. Jika dari mula plot dan dramanya adalah untuk mengaibkan dengan membuat pendedahan separuh terbuka supaya ia menjadi fitnah dan memalukan, saya bimbang siasatan yang dibuat hanyalah untuk membenarkan drama fitnah tersebut,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, semua pihak mesti kembali kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan dan bertindak berasaskan iman.

Kata Nasrudin, beliau siasatan mesti berpaksikan keadilan kerana tanpa keadilan atau tanpa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu tidak Islamik malah keadilan tidak akan tercapai dan apa yang paling besar ialah penuduhnya berdepan dengan hukuman qazaf.

“Justeru menuduh tanpa mendatangkan saksi dan bukti yang jelas mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarak,” katanya lagi.
Nasrudin berkata, kalaupun mereka dakwa bahawa memiliki bukti iaitu klip video aksi seks, “siapa saksinya sewaktu adegan seks itu berlaku.”

“Cukupkah empat orang saksi? Kalau cukup mana saksi-saksi itu? Datuk T ? Tu baru tiga orang. Itu pun, mereka saksikan berdepan atau hanya saksi melalui rakaman video?

“Dan apa yang paling penting dalam isu ini ialah kenapa mereka tayang kepada wartawan terlebih dahulu? Kenapa tidak siasat dulu secara tertutup?” katanya.

Nasrudin menambah, adakah mereka sengaja mahu memfitnah dan mengaibkan orang dan sama ada mereka faham atau tidak erti qazaf.

“Atau... diperbuat daripada apakah kulit belakang mereka sehingga memandang rendah kepada qazaf? Apakah tiada hitungan dosa pahala dalam tindakan? Tidak terfikirkah pula azab seksa Allah?” katanya lagi.
Sehubungan itu Ketua Pemuda PAS berkata beliau bersetuju benar kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai isu ini.

“Apakah iklim politik negara kita mahu diseret dalam kancah politik fitnah dan lucah sebegini? Apakah sudah kehabisan strategi dan kelicikan berpolitik sehingga mengambil kaedah keji dan hina ini?” katanya.
Mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan, Nasrudin berkata beliau menegaskan kepada akhbar berkenaan bahawa beliau tidak mahu bercakap soal mekanisme kerana soal penubuhannya adalah soal mekanisme.
“Apa yang saya mahu tegaskan ialah soal prinsip. Prinsipnya ialah, yang menuduh apalagi yang memfitnah mestilah mengemukakan bukti dan saksi yang jelas mengikut kehendak Islam, saksi zina mestilah empat lelaki yang adil.

“Apa yang saya kesal ialah, tuduhan dan fitnah telah dibuat dan didedah merata — riti kepada umum kemudian baru bercakap soal nak siasat oleh pihak yang mendedahkannya. Ini tidak betul,” katanya.
Nasrudin berkata, prinsip yang mesti dipertahankan dalam siasatan ialah keadilan.
“Jika tubuh suruhanjaya siasatan tetapi tidak ditegakkan prinsip keadilan tadi maka tiada ertinya.

“Siasat untuk membenarkan fitnah, siasat untuk membenarkan pengkhianatan tanpa berpaksikan prinsip keadilan atau mencari keadilan dengan amanah, jujur, telus adalah salah dan tidak boleh diterima,” katanya.
Kata Nasrudin, setelah dibuat tuduhan dan fitnah sedemikian rupa dan pendedahan memalukan dibuat sedemikian rupa baru bercakap soal siasatan dan penubuhan suruhanjaya, beliau bimbang suruhanjaya itu ditubuhkan hanya untuk membenarkan fitnah bukan mencari keadilan.TheMalaysiaInsider


Komen : Tahniah!!! ketua pemuda Pas... Dan perlu bersatu bersama Amk melawan fitnah jahat dari umnoBn......

Selasa, Mac 29, 2011

BN boleh tumbang di Sarawak..!!



BN boleh tumbang di Sarawak

SHAH ALAM – Seorang penganalisa politik tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April ini jika pengundi bukan Melayu meneruskan kecenderungan menyokong pembangkang sebagaimana ditunjukkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu 16 Mei tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN perlu bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi bukan Melayu kembali ke pangkuan mereka jika tidak mahu kalah.

“Jika tidak, saya sifatkan mereka akan sukar untuk menang pada PRN kali ini,” katanya.

Katanya, ini kerana senario kemerosotan undi bukan Melayu kepada BN di negeri ini amat jelas selain isu kepimpinan, pengurusan masyarakat luar bandar, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat.

“Saya lihat pembangkang mampu buka jalan baru bagi perjalanan politik Sarawak,” kata Mohammad Agus.

Senada dengan beliau, pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Aziz Bari yakin pembangkang mampu mengurangkan majoriti BN pada PRN ini.

Katanya, meskipun agak sukar untuk menang, pembangkang berpeluang cerah untuk merampas banyak kerusi pada pilihan raya ini.

“Ini kerana, sekarang ada banyak isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menggugat Kerajaan Negeri. Ini termasuk isu tanah, pampasan, Injil dan pembolotan kuasa,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 62 dikuasai BN.

DAP diwakili lapan ADUN manakala Bebas, satu.

“Jika pembangkang mampu dapat tiga kali ganda daripada kedudukan sekarang, itu sudah cukup baik. Inilah masanya untuk mereka menguatkan kedudukan dalam DUN,” katanya.

Aziz mengakui, untuk menang, pembangkang memerlukan belanja yang banyak kerana sebahagian besar kawasan di Sarawak masih pedalaman.

“Itupun bukan bermakna rakyat Sarawak tidak bermaklumat,” katanya.

Aziz berkata, kejayaan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari tangan BN PRK 16 Mei 2010 membuktikan sokongan pengundi Sarawak kepada pembangkang semakin meningkat.       

“Apa yang berlaku di Semenanjung tak boleh dijadikan ukuran kerana di Sarawak, isunya berbeza,” katanya.SinarHarian

Komen : BN umno pasti!!!!! akan tumbang... kerana rakyat sarawak akan tidak mahu lagi kepada KM BN yang banyak menyusahkan rakyat..... 50 Tahun dah.......Sudah sampai masa untuk berubah....

Pidato Khas DSAI Terbaru!!! (video)

Anwar Ibrahim: Solat Hajat & Pidato Khas 28/03/2011 (Part 1)


Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira!!












Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir


Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.MalaysiaKini

Isnin, Mac 28, 2011

Tahniah!! Pakatan Rakyat Rundingan Kerusi Sarawak Sudah Selesai(video)

Pakatan seat talks: Two-thirds resolved

Selamat Tinggal Umno...BN...!!!!

Bekas ahli Umno berebut-rebut menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Halik Zaman

SABAH: Bosan dengan kepimpinan Umno yang sarat dengan perbuatan fitnah dan sibuk mengkayakan diri, sekumpulan 59 ahli Umno di Sabah nekad menyertai KEADILAN.

Kesemua mereka adalah bekas ahli Umno di Kampung Jawa Melalap, Tenom dan menyertai KEADILAN Cabang Tenom di bawah kepimpinan Ketua Cabangnya, Datuk Halik Zaman.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Tahir B Dingau, antara sebab mereka menyertai KEADILAN adalah kerana bosan dengan kebatilan fitnah yang dilemparkan Umno kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Kami bertekad meninggalkan Umno kerana sejak sekian lama memerhatikan cara songsang kepimpinan Umno yang tiada lain selain memperkasakan diri dan kroni.

“Umno juga semakin parah dengan pelbagai fitnah yang wujud dan diciptakan khas untuk melemahkan perjuangan KEADILAN,” kata Tahir.

Katanya lagi, mereka juga sudah jelak dengan Umno BN yang gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia terus menyokong parti itu.

Menurut Tahir lagi, jika Umno berterusan dengan sikap begitu, tidak mustahil tsunami politik Semenanjung akan sampai ke Sabah dan Sarawak.

“Mungkin UMNO dan BN fobia dan trauma dengan tsunami politik pilihan raya umum yang lalu. Namun, mereka mesti ingat jika begini sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU ke-13 kelak” tegas Tahir.KeadilanDaily

Komen : Tahniah!!! rakyat sabah kerana membuat perubahan.....dengan kemasukan ahli baru ini....sabah bakal.... jatuh kepada pakatan rakyat pada PRU13 ni.... harap seluruh rakyat malaysia akan membuat perubahan.. untuk masa depan generasi akan datang......selamat tinggal umno..........

Azmin Ali: Polis Tidak Ada Kuasa!!(video)

Azmin Ali: Polis Tidak Ada Kuasa Untuk Melarang Mana2 Perhimpunan Dalam ...

Ahad, Mac 27, 2011

DSAI Perjuang Rakyat!!!(video)

TVSelangor09 26032011 Pak Kudus DSAI Pejuang Rakyat Marhaen

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

NONE"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.MalaysiaKini

Komen Seorang hamba Allah : 
Tahniah Dr.. andalah antara khalifah yg Allah swt maksudkan yg sanggup berkorban dan berjihad untuk agama bangsa dan negara.Wahai pemimpin yg bertopengkan ahli neraka.. bertaubatlah. insaflah.Buktikanlah agama Allah swt agama yg suci.Janganlah kita org Islam menghina agama kita sendiri.Demi Allah kita semua akan tergolong dlm org yg kekal rugi.

Lagi..!! Pengakuan UMNO-Reform Kata Bukan Anwar Ibrahim Dalam Video Itu.

Friday, 25 March 2011
PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR  

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.


http://1.bp.blogspot.com/-V7SgY7AgZPM/TY3Ntnb7lMI/AAAAAAAAeEo/OYulB9SV7OU/s320/nua_ikon.jpgHari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik. 

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM

Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR.  Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI

Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham  pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!
Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard.

Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti  rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor   anuarmohdnor@gmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it   Sumber : SINI

Sabtu, Mac 26, 2011

PM, Polis Terlibat..!! Video Seks : Ghegubard(video)

TVSelangor09 26032011 Chegubard : Isu Video Seks Kesinambungan Konspiras...

Ceramah 13 Minit DSAI Di T.Melawati(video)

Anwar's ceramah disrupted by FRU

Polis Ganggu Ceramah DSAI Terbaru...!!(video)

Anwar's ceramah disrupted by FRU, two arrested

Ceramah Anwar diganggu FRU, dua ditahan

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam ini.

NONEKira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

NONEAnggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Helmi, dan seorang lagi tidak dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.MalaysiaKini

Komen Seorang hambar Allah : ORANG YANG MENAYANGKAN VIDEO LUCAH TAK DITANGKAP DAN DIHALANG - YANG MEMBERIKAN CERAMAH DIHALANG - POLIS YANG AMAT PRIHATIN DENGAN KEPERITAN PEMIMPIN UMNO/BN MENGHADAPI PRU 13 -.... apa macam? 

Video Yang Terbaik Bulan Ini....!!

DatoT & Anwar Conspiracy

Jumaat, Mac 25, 2011

DSAI : Jangan terpesong dari Selamatkan Rakyat..!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor.
anwar ibrahim in launch of buku jingga"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Sejak dua hari lalu, serangan peribadi dilancarkan terhadap Anwar dengan kali ini bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik digunakan bagi mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.
rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan ketua pembangkang itu mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.
"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik.
"Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," kata Anwar.
Dalam usaha mempengaruhi pemimpin PKR, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin secara berasingan Isnin lalu.
Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.
NONEAnwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat daripada perjuangan membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim BN.
Katanya, satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda.
Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.
NONESebelum itu, Johari dan Badrul (berbaju hijau gelap) memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.
Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka.

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," katanya.MalaysiaKini

Komen Seorang hamba Allah :
Marilah kita merakyatkan isu UMNO adalah parti fitnah, lucah dan khianat. Jadikan isu ini untuk menyedarkan rakyat sampai ke desa. Anak2 muda di U mesti jelaskan kepada ibu bapa bila pulang ke kampung nanti. 

Forum : Kebangkitan Rakyat(video)

Forum Revolution Eqypt

Khamis, Mac 24, 2011

Lagi!! Pendedahan Terbaru Isu Video Seks- Dari Chegubard

Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin ‘pelakon’ dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.

“Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar.
“Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar.
“Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.
“Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya,” kata Badrul dalam kenyataan media, hari ini.

Berkaitan :
Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.
Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah ‘berpura’ yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik ‘selak kain’ yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya ‘isu selak kain’ dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Sumber : wargamarhaen

Pendedahan Video Seks Jatuhkan Martabat Islam(video)

TVSelangor09 23032011 Pendedahan Video Seks Jatuhkan Martabat Islam

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar(ada video dalam)




SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".
"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang,  26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"
"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke  Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"TVSNEWS

Komen : Tahniah!!! YB Saifuddin Cepat bertindak......  

                                   Video Ceramah Terbaru......


Rabu, Mac 23, 2011

Pendedahan Berani!! Dato Johari Abdul(video)

TVSelangor09 23032011 Najib, Rahim Thamby Chik Dan Ahli Perniagaan Eskay...

Sah..!! PM Terlibat!! Fitnah 3, Isu Video Lucah(video)

TVSelangor09 23032011 Video Lucah Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan ...

KENYATAAN AKHBAR Johari Abdul, MP Sg Petani...Panas!!(isu video lucah)

Photobucket
KENYATAAN AKHBAR
Johari Abdul, MP Sg Petani from PKR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Apa Dah Jadi Kepada Mahkamah Malaysia!!!..Di Bawah Najib...

Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.
"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.”

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata akan meminta dua saksi pendakwaan untuk tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.
Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.
Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.
"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?” Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.
Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.
Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.
Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.MalaysiaKini

LAGU BUATMU DSAI.........!!

SEHARUM_kasih Sayang_

DSAI : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak(video)

TVSelangor09 22032011 Anwar Pakatan SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di...

Selasa, Mac 22, 2011

Ucapan Keras!! DSAI Selepas Buat Report(video)

Anwar lodges police report on sex video

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONEBeliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
NONEAnwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.MalaysiaKini

Isnin, Mac 21, 2011

Sidang Media DSAI(video)

Anwar: I'm not the man in the sex video

DSAI : Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PM Bakal!! Di Sumbatkan Ke Penjara...?


Ikan bilis tak mainlah, kita heret yang penting saja – Karpal

 KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Ketua Pembangkang akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina mahkamah.

“Ya, kami mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan mensabitkan Najib dengan tuduhan menghina mahkamah,” kata Karpal kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Karpal, Najib akan didakwa menghina mahkamah kerana menggunakan media mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dalam perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sekarang.

Karpal berkata, kenyataan Najib di dalam media dianggap melanggar arahan hakim yang mahu pihak-pihak terlibat tidak menghina mahkamah.
“Justeru, mereka yang berbuat demikian perlu menanggung akibatnya iaitu
kemungkinan disumbatkan ke penjara,” tegas Karpal.

Ditanya wartawan sama ada pihak lain akan turut didakwa selain daripada Najib,
contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut membuat kenyataan sama, Karpal secara berseloroh menjawab beliau hanya mahu mendakwa mereka yang penting sahaja.
“Ikan-ikan bilis tak perlulah,” kata Karpal merujuk kepada Muhyiddin.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata, tindakan Najib itu terang-terangan satu campur tangan politik.
“Beliau menggunakan jalan politik dan mahu mengarahkan Anwar menyerahkan DNA-nya.
“Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya beranggapan, ‘saya adalah undang-undang kerana saya adalah Perdana Menteri’,” kata Sankara.

Jelas beliau, tindakan Najib itu turut mengganggu mahkamah kerana ia boleh
mempengaruhi keputusan hakim.

“Ia akan mempengaruhi keputusan hakim. Beliau (Najib) adalah PM, dan hakim
berada di bawahnya (seperti yang kita lihat sebelum-sebelum ini),” kata Sankara.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menangguhkan perbicaraan Fitnah II sehingga Rabu ini kerana beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan berhubung permohonan pendakwa raya.

Pendakwa raya sebelum ini memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan bicara-dalam-perbicaraan yang menolak bukti yang diperoleh secara tipu helah daripada Anwar sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Mereka turut memohon untuk mendapatkan sampel DNA Anwar sekiranya Mohamad Zabidin mengekalkan keputusan bicara dalam perbicaraan sebelum ini.KeadilanDaily

Komen : Tahniah!! Karpal dakwa ye jangan bagi peluang lagi!!!!..

Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

NONEMereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

NONE“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.MalaysiaKini

Ahad, Mac 20, 2011

Siasatan SKMM Terhadap Blogger Hanief(video panas!!)

Penyiasat SKMM Minta Password | Selective Memory

Dr Aziz Bari : Najib Dan Umno Terdesak!!(video)

TVSelangor 09 2032011 DNA Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perund...

Peguam DSAI Dedah Rahsia Isu DNA..!!

Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit'

SHAH ALAM 20 MAC: Desakan beberapa badan bukan kerajaan pro Umno yang meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau di mahkamah, dilihat sebagai satu pertunjukan 'wayang kulit' bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat dalam kes fitnah kedua Anwar.

Peguambela Anwar, Sivarasa Rasiah dalam segmen Fokus Berita Khas di Tv Selangor semalam berkata, apa yang berlaku hari ini adalah skrip yang diulang tayang ketika kes fitnah Anwar pada 1998. 

"Mereka keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar ini bukan satu fenomena baru. Dalam kes 98', it sudah mula dengan (Tan Sri) Gani Patail sendiri yang dibuktikan mereka laporan medikal supaya memberi gambaran palsu bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri dalam kes mata lebam," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, tindakan pemalsuan bukti dalam kes Anwar Ibrahim begitu kronik hinggakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut terlibat memalsukan bukti kes dengan meletakkan DNA Anwar pada tilam dalam kes sebelum ini.

Justeru ujarnya, keengganan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk membenarkan sampel DNA beliau diperoleh ada asasnya.

"SAC (Mohd) Rodwan (Mohd Yusof) pada masa itu, terlibat dalam usaha mencuri sampel darah Datuk Seri Anwar yang disimpan oleh Dr Zahari Nor dan Rodwan ini terlibat dalam usaha memberi keterangan DNA dengan menanam DNA di atas tilam yang kita nampak diangkat turun setiap hari di mahkamah (pada masa itu)," kata
beliau lagi.

Selain itu, tambah beliau, keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat juga tidak konsisten serta menampakkan ciri-ciri wujudnya satu konspirasi untuk menjatuh dan membunuh karier politik Anwar.

"Kita ada bukti sekarang yang disahkan di mahkamah, budak Saiful ini dah berjumpa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), juga dengan (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Mula-mula Najib menafikan, kita kena ingat itu, lepas itu (Najib) terpaksa mengakui, kata, Saiful berjumpa untuk bincang pasal biasiswa. Itu membohong, satu pembohongan. Lepas itu dia (Najib) tukar cerita dan kata Saiful datang laporkan tentang satu insiden liwat," jelas beliau.

Malah tambah beliau, terdapat banyak lagi kesangsian yang boleh dipersoalkan dari segi teknikal berkenaan kejadian sebenar pada hari Saiful mendakwa dirinya diliwat, dengan hanya menilai bukti DNA yang kononnya milik Anwar yang ditemui pada tubuh pengadu.TVSNEWS


                                       Bukti Najib Berbohong!!(video)

Jom Pakat Lihat!!! Budaya Umno!!(video hot)

Amalan Budaya umno!!


Komen Seorang dari Youtube : Kenapa jadi gini? Ni la sume budak2 skolah yg drop out & dpt markah rendah masa SPM dulu. Yg cemerlang mana ada kecoh2 camni?

Singkirkan BN Demi Kesejahteraan Masyarakat Pribumi Sarawak


KUCHING 20 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan sudah sampai masanya rakyat Sarawak berubah bagi menjamin keadilan terhadap kaum Penan yang sentiasa berdepan pelbagai 'ancaman' yang dihalalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sarawak Baru Bian menyifatkan, kerajaan Taib tidak pernah membantu masalah rakyat pribumi Sarawak sebaliknya bersekongkol dengan pihak berkuasa dan kroni demi kepentingan masing-masing.

"Dalam isu mengenai kes penganiyaan seks terhadap wanita Penan, kerajaan negeri tidak mengambil langkah proaktif tapi tidak menganggap serius malah sehingga ke tahap menyalahkan mangsa. Pihak polis juga tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnya mereka buat siasatan sebelum keluarkan kenyataan tapi mereka keluarkan kenyataan terlebih dahulu," kata beliau dalam majlis penyampaian kenderaan kepada Masyarakat Penan di sini hari ini.

Pada September 2009, Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesahkan bahawa penderaan seksual dan eksploitasi kaum wanita Penan di Sarawak sememangnya berlaku.

Namun perkara ini aktif dinafikan dan disenyapkan oleh pentadbiran Taib.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jien turut menganggap perkara ini ialah jenayah kemanusiaan dan rakyat Sarawak perlu bertindak bagi memastikannya tidak berulang.

"Apa yang kita buat terhad. Untuk menghalang jenayah sebegini dari berlaku ialah untuk mengubah kerajaan. Dengan mengubah kerajaan mampu menghalang ia dari berlaku lagi," kata Chong yang juga ADUN Kota Sentosa.

Beliau turut mendesak rakyat Sarawak menentang Barisan Nasional dan bukannya Taib seorang sahaja kerana keadaan tidak akan berubah jika ia tidak dilakukan.

"Baru tadi saya dengar dari Malaysiakini hari ini Taib Mahmud mungkin akan bersara. Tapi apapun, jika dia bersara BN masih memerintah. Dan lagipun, dia  tidak beri sebarang tempoh masa bila dia hendak bersara. Jadi apapun jangan letak harapan Taib meletak jawatan," kata beliau ketika ditemui Tv Selangor semalam.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penindasan semakin meruncing dan mahu rakyat Sarawak melihat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri lain.

Khalid turut menyampaikan sumbangan RM60 ribu bagi pembelian dan penyelenggaraan kenderaan kaum Penan itu.

"Inilah masanya. Jangan tunggu lebih lama lagi.
"Sekarang kita tengok Menteri Besar dari Selangor boleh turun ke Sarawak untuk minta anda buat perubahan. Bukan untuk kami tapi untuk anda,"ujar beliau lagi.TVSNEWS

Komen : Rakyat sarawak apa tunggu lagi!!! ini lah masa untuk mambuat perubahan!!!!  Selamatkan sarawak!! berubah demi maruah!! sokonglah pakatan rakyat!!

Kit Siang : P Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008 (video)

TVSelangor 09 19032011 Kit Siang P Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008

Sabtu, Mac 19, 2011

SAMM ikrar perkuatkan blogger hadapi asakan rejim Umno!!

KUALA LUMPUR: Di sebalik tindakan  yang dilakukan rejim penguasa menahan blogger Pro Pakatan Rakyat malam tadi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berikrar akan memperkuatkan lagi jaringan blogger.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat Muhammad Nur Hanief, menggambarkan tindakan terdesak  Umno-BN yang kini berdepan kemaraan rakyat khususnya golongan muda.

“SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dengan pelbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.
“SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Chegu Bard, turut mengulas tindakan sebelum ini yang dikenakan terhadap blogger Amizudin Ahmat atau Din Binjai yang kini sedang berdepan saman daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim.

Malah katanya, beliau sendiri pernah ditahan pihak penguasa, menggunakan alasan tulisan di blog yang memaparkan misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

“SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, SAMM akan mengatur jaringan penulis-penulis blog bagi memperkuatkan mereka dalam berdepan ancaman rejim pemerintah yang semakin rakus menekan rakyat.
“Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk ‘organize’ jaringan blogger ‘nyamuk’ untuk menjadikan mereka lebih kuat,” tegas beliau.KeadilanDaily

Catatan Terkini...

HANYA RM10.00 SEBULAN
[ Tempah sini ]

Iklan VIP
http://www.kekcoklat.com/images/banner/banner468.gif
Iklan Penaja


Iklan Penaja


DERMA IKHLAS KEPADA KAMI SILA " KLIK " IKLAN DI BAWAH.

Blog Agen Dsai Ikut..

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.

PRO.FM.COM

Ruang Iklan..

Catatan Popular Daripada Agen Dsai

MB Selangor Sekarang Mesti di Kekalkan??