Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 07, 2017

Dzulkili patut letak jawatan, tak tahu saya disogok RM1 bilion, kata Kit Siang

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatannya segera kerana tidak tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyogok Lim Kit Siang RM1 bilion.
Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, jika benar beliau disogok, Dzulkifli orang pertama patut meletak jawatan kerana tidak cekap menjalankan tugasnya.
“Jika ada kebenaran dakwaan Mahathir menyogok saya RM1 bilion, dengan RM750,000 telah dibayar ke dalam akaun saya dan SPRM tak tahu apa-apa tentangnya.
“Oleh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatan segera kerana tidak cekap,” kata Kit Siang.
Bagi beliau, bagaimana mungkin SPRM tidak tahu apa-apa tentang jumlah besar sogokan yang diberikan kepada beliau itu.
Blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa, Kit Siang telah disogok RM1 bilion oleh Tun Mahathir bagi membolehkan empat perkara berlaku.
Ke empat-empatnya adalah Bersatu dibenarkan sertai Pakatan Harapan (PH), pastikan Mahathir menjadi pengerusi PH, pastikan Kit Siang tidak bercakap isu kerugian Bank Negara dalam isu tukaran asing dan pastinya anak Datuk Mukhriz Mahathir mendapat kerusi selamat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Mahathir dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa, orang yang membuat dakwaan ini adalah orang gila.
mdl
Picture

3 ulasan:

  1. Apa beza PH dgn BN??

    Tarak beza meh!

    BalasPadam
  2. Saman la RPK tu, buat apa suruh Dzulkifli letak jawatan, apa ke jadahnya?

    BalasPadam
  3. Biarkan dan izinkan yg samar-GELAP-keliru itu berlaku dan berlalu pergi, krn tanpa yg GELAP lg kebudak2an itu, kita tak tau erti indah dan nikmatnya cahaya-KEDEWASAAN..

    Hidup ini akhirnya mmbawa kita mnuju mencapai "elegance-MIND", dan bukan undur kebelakang sebaliknya sbg "BABARICK-mind" yg bergelumang dgn ONAR2 rompakan, pembunuhan, fitnah, rasuah maki hamun tuduh menuduh kesumat yg ketinggalan zaman..

    Perubahan ENERGY yg cantik lg positif sedang berlaku demi mengubah DARK-energy yg dah mula berlalu pergi, yg pasti tak akan dpt bertahan lg..

    Yg GELAP dan KORUP pasti gelisah takleh tidur malam krn CAHAYA yg terang sedang dan sentiasa menyuloh mereka setiap masa menuju garis penamat kekuburan masing2..

    CAHAYA yg terang bukan shj dtg nya dari maklumat2 data AUDIT yg tepat lg terperinci dgn sgl skandal yg mrk telah lakukan, ttp juga CAHAYA "alam" telah pun datang dgn signal2 PETIR RIBUT KEBAKARAN demi KEBAKARAN dan BANJIR-besar utk menghapuskan yg KORUP yg maseh sdondon sepakat subahat "addicted" ddlm KEGELAPAN..

    Raikanlah CAHAYA harapan baru yg pasti lg akan PASTI berlaku, dan ENERGY yg positif ini wajib kita raikan bersama2 krn ENERGY itu ada ddlm diri kita sendiri demi bumi yg indah ini beroperasi penuh CINTA Integrity Merit & Kaseh-Sayang..so bumi yg tercinta ini kan ceria segar dan bersinar kembali..

    Raikan cinta, raikan CAHAYA, raikan Integrity Merit Transperency dan raikan kaseh sayang..so sgl ONAR yg samar-GELAP-keliru lg kebudak2an itu automatically pasti akan padam dan tak kan kembali lg..

    "What u SAY(tru ur HEART intently), u shall be, hi hi..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...