Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 15, 2017

Umno BN perlu sedia 'ditalak tiga'

Khalid Samad 4
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Umno BN perlu bersedia 'ditalak tiga' oleh rakyat khususnya pengundi di parlimen itu.
Beliau berkata, kekecohan di forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam Ahad lalu akan menyebabkan warga Shah Alam semakin meluat dengan politik Umno BN.
""Najib telah datang ke Shah Alam seminggu sebelum ini. Beliau menyatakan kalau BN nak menang kembali Selangor, kena menang di Shah Alam. Beliau turut sebut sudah dua kali BN ditolak di Shah Alam. Kalau ditolak lagi bagaikan 'ditalak tiga'.
"Saya rasa sudah tiba masa BN bersedia untuk ditalak tiga. Peristiwa serangan terhadap Tun Mahathir akan hanya menyebabkan warga Shah Alam semakin meluat dengan politik Umno BN.
"Malahan saya yakin, bukan sekadar Umno BN akan ditolak oleh warga Shah Alam dan rakyat Selangor malah akan terusir dari Putrajaya juga," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di forum Nothing To Hide 2.0 anjura Pemuda Bersatu (Armada).
Kekecohan berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab beberapa soalan peserta.
Bekas presiden Umno itu cuba diserang menggunakan selipar, bangku dan botol minuman ketika menyampaikan penjelasannya.
Penganjur mendakwa kekecohan itu berpunca daripada pihak tertentu yang ada kaitan dengan Umno, namun parti terbabit menafikan hal itu.
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pihak yang mula-mula mencetuskan kekecohan itu diberikan baju pergerakan berkenaan untuk menyelinap ke majlis itu untuk mencederakan Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH mendakwa kekecohan itu sudah dirancang awal bagi memalukan memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengganggu majlisnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihak yang merancang itu mahu mencederakan bekas perdana menteri itu.
"Peristiwa sedemikian amat dikesali. Ia dilakukan tanpa apa-apa provokasi sambil Tun menjawab soalan secara tenang dan rasional.
"Kalau tak setuju dengan jawapannya sekalipun ianya bukan alasan untuk mengganas," katanya.
Justeru, katanya beliau mewakili masyarakat Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya politik ganas itu dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
"Politik sebegini mesti dikutuk dan ditolak. Corak politik sebegini tiada tempat di negara yang bertamadun. Ia tindakan desperado oleh pihak yang semakin ditolak masyarakat.
"Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya ingin mewakili warga Shah Alam dalam mengutuk sekeras-kerasnya politik yang tidak bertamadun ini. Saya yakin tiada yang waras di Shah Alam yang merestuinya," tegasnya.
mdl
Picture

8 ulasan:

  1. Kolik Samak suka benar dengan perkataan "talak tiga", baiah dengan PAS pun "talak tiga" tapi apakan daya bagi Kolik Samak "talak tiga" yang dilafazkannya tak sama dengan "talak tiga" rakyat terhadap BN, rakyat mentalak tigakan kerajaan BN sebaliknya Kolik Samak mentalak tigakan isteri kerana jawatan dan kuasa.

    Rasanya Kolik Samak sendiri yang akan ditalak tigakan oleh pengundi Shah Alam.

    BalasPadam
  2. Bagilah peluang walaun utk komen sepuasnya sebelum pascai kena pancung pada pru akan dtg...
    Jom walaun kita pakat ratib sama2... dap, dap, dap, dap, dap... kahkahkahhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh dibayangkan apa jadi pd pan tanpa dap.. dia nk jadi barua siapa pulak!

      Padam
  3. ibrahim libya org pas ker? minta pencerahan.

    BalasPadam
  4. Kekecohan dlm forum Nothing 2 Hide 2.0 berpunca dpd sikap sambil lewa mahdey mnjwb soalan2 mengenai isu liwat dan memali.Cara mahdey respon dgn soalan menimbulkan kemarahan para peserta.
    Siapa yg menyoal dan kenapa soalan tersebut dibangkitkan???Sebab isu tersebut timbul ketika mahdey mnjadi pm.Takkan nak suruh najib..kit sial atau anwar brahim yg jwb.Atau pakar tunjuk bukti haprak si nobody vavi.Betul tak...hehehe
    Bodohnya khalid nak salahkan org lain pulak.Klu aku sebagai pengikut anwar atau waris kpd mangsa memali akan aku gunakan forum tersebut utk menyoal mahdey.Kenapa jawab mcm menyembunyikan sesuatu sedangkan forum bertajuk nothing to hide.Buat forum hanya menunjukkan kebodohan sendiri????Nasiblah selipar tak melayang kena batang hidung...hehehe
    Mgkin benar ramalan allahyarham seorg ulama bhw mahdey dipjgkan umur utk melihat dosa2nya kembali.
    Apa komen anda wahai pakar tunjuk bukti si nobody vavi....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lobai Hadi punya angkara lantaran amanat karut Yang direkanya sudah sampai ke telinga Ibrahim Libya,,, ajaran karut Wanita dan kanak-kanak di jadikan benting mereka,, nauzubillah hi min Zhalik....!!

      Padam
    2. Kalau sekadar tuduhan bodoh2 macam ni umno pun boleh buat.. cubalah jwb isu rm83 billion tu.. nasihatkan tun m saman org yg tuduh dia tu ke kan lebih bermanfaat?

      Ini tidak; buat kerja umno.. oh ye lupa plk pan kan ganti umno.. keh keh..

      Dahlah selama ni pan jadi barua dap serang pas (dap tak payah buat kerja) kini tambah lagi jadi barua umno serang pas pula (umno tak payah buat kerja).. memang patutlah 3 penjuru!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...