Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 21, 2017

Panas!! : Jentera Pilihan Raya Pas ramai masuk AMANAH

Dewan TKP


Walaupun Presiden Pas dilihat cuba menafikan tetapi sebahagian besar jentera pilihan raya parti yang sedang bertaawun atau berkerjasama dengan Umno itu sudah berhijrah kepada AMANAH.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan semalam berkongsikan situasi tersebut sepanjang pengalamannya selama 40 tahun bersama Pas.
"Berpuluh tahun bersama parti lama (Pas) bila saya merasmikan, tidak pernah lihat ahli-ahli di Wilayah Persekutuan yang hadir begini ramai di muktamar seperti yang ada dalam dewan ini sekarang.
"Yang datang dalam AMANAH ini hampir semuanya dulu menggerakkan jentera pilihan raya. Merekalah dalam AMANAH sekarang," katanya di depan perwakilan dan pemerhati di dewan TKP, Tingkat 21, Central Plaza di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Mohamad menyeru supaya jentera pilihan raya di peringkat akar umbi masing-masing saling membantu bagi mengukuhkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
"Kita saling menampung. Kita saling bekerjasama, kalau tempat itu tiada jentera (pilihan raya), AMANAH akan bantu," ujarnya.
Beliau berkata, Wilayah Persekutuan dan semua negeri lain harus menyumbang sebanyak mungkin kerusi kemenangan pada pilihan raya akan datang untuk mendapat mandat di Putrajaya.
"Mahu perintah perlu 120 (kerusi Parlimen), 112 paling sedikit, 130 agak selesa. Boleh sampai (menang 130). Kita harus menang semua di Wilayah (Persekutuan).
"Pulau Pinang kena menang 15 kerusi. Selangor begitu juga. Johor sekurang-kurangnya 12 daripada 26," jelas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan itu.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat hasrat itu hanya akan tercapai sekiranya segenap lapisan rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menolak Umno-BN.  
"Mood rakyat (undi Pakatan Harapan) memang ada. Sokongan Cina janganlah kita kalih. Jangan mana-mana kaum lari. Memang kita boleh dapat (menang pilihan raya)," katanya.
Tambah Mohamad, rakyat hanya mempunyai dua pilihan iaitu Pakatan Harapan atau BN untuk diangkat sebagai pemerintah kecuali segelintir penyokong taasub yang tegar dengan partinya sendiri.
"Kita kuat kerana parti. Dalam pilihan raya, orang akan pilih siapa nak jadi pemerintah. BN atau Pakatan Harapan? Yang mana hendak memerintah, sebab itulah kita kena bekerjasama.
"Pilih Pakatan Harapan tolak BN melainkan ahli 'hardcore' atau pun istilah orang sebut sekarang 'walaun'," ujarnya lagi dalam nada berseloroh.
Undi teras Melayu
Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara sebanyak dua muka surat di akhbar Berita Harian Ahad semalam pula dilihat menguar-uarkan kekuatan parti yang membentuk blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu.
Beliau yang ditemu bual ketika masih lagi bercuti rehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu memberitahu, partinya mempunyai 195 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara.
"Pada pilihan raya umum lalu, kebanyakan jentera Pas yang membantu memenangkan calon pakatan pembangkang daripada PKR dan DAP," katanya.
Abdul Hadi turut yakin gabungan PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu adalah pakatan rapuh yang tidak memberi keuntungan kepada Islam dan tidak berjaya mendapat undi teras Melayu.
Bahkan, khusus untuk AMANAH, beliau menganggap kewujudan AMANAH sebagai tidak memberi sebarang kesan kepada politik tanah air.
"Parti itu (AMANAH) tidak boleh menggantikan Pas sebab tidak mendapat sokongan Melayu seperti Pas iaitu parti didukung oleh orang Melayu dan diterima oleh bukan Islam," kata Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu lagi.
Tembual Hadi 1
mdl
Picture

18 ulasan:

  1. Pada 17 Ogos, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) UNISEL, Prof Dr Mohd Nor Nawawi, mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1% sokongan.

    Kata Prof Dr Mohd Nor, orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada AMANAH dan dapatan-dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mengenainya adalah konsisten. Mungkin ini lah puncanya yang menyebabkan Azmin Ali dan Wan Azizah masih berusaha untuk bekerjasama dengan PAS walaupu Parti Pas telah berkali-kali mengatakan tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan AMANAh dan DAP.

    BalasPadam
  2. Bagilah dia peluang dia meyakinkan org2 pan akan kelentong dia tu.. dah tinggal 1%.. ini jelah yg tinggal yg boleh menghiburkan mereka..

    BalasPadam
  3. Kerusi Permatang Pauh kini goyah sebab tu Jijah berusaha untuk kembali bekerjasama dengan PAS.

    Kalau kerjasama itu menguntungkan Islam, PAS sentiasa terbuka pintu untuk rundingan.

    Kalau betul apa yang dikatakan oleh Presiden PANdir takkan Jijah nak kembali semula untuk bekerjasama dengan PAS, pembohongan yang nyata dari PANdir.

    Dari 1% mungkin akan jadi 0%.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup kena pandai bermuka2 mcm dapigs baru boleh menang...hehehe
      Itu yg wan jijah dh khatam iaitu kena pandai berlakon.Dlm kes suami dia...sana sini ceramah bertangis2an kata suami kena fitnah oleh mahdey tapi bila mahdey dh masuk haprak..isu liwat dah tak timbul.Bangang punye prinsip.

      Spt kata nobody bavi...zaman mahdey jd pm anwar tak dituduh meliwat...hehehe.Lawak
      Mgkin nobody bavi blm lahir ketika itu di mana anwar dituduh meliwat drebarnya sendiri.Mahdey sendiri kata bhw anwar tak layak jd pm krn isu lgbt.

      Hehehe..nobody terpaksa spin ligat utk sucikan mahdey dan anwar.Lawak puak haprak nie...hehehe

      Kesian....hehehe

      Padam
    2. Sesiapa yang pernah melakukan dosa kezaliman akan disucikan dengan alat istemewa yang dimiliki oleh Pakatun Harampan iaitu mesin pencuci dosa. Masuk PH je dah dikira suci.

      Kahkahkahkahkah.

      Padam
    3. Menggunakan nama Yusuf Qardhawi untuk menyakinkan bahawa Anwar dianiyai, walhal Yusuf Qardhawi ni adalah individu yang berpegang pada prinsip bukan macam haprak prinsip yang ada pun digadaikan demi keuntungan duniawi yang sedikit.

      Padam
    4. Langau-langau yg melalak kat sini,sebijik macam bos dia tak boleh tenguk Amanh maju,tak kiralah 1% atau 0%,yg penting kerja berjalan.
      Pada mereka2 ahli2 pas,cuba dapatkan kertas lapuran yg diterbitkan pada 1986. Dari siasatan kertas putih itu confirmed booss ,kamu ulamak kamu bawa AJARAN SESAT.mungkin kamu baru lahir pada masa itu.

      Jika kamu parti islam,biasanya orng2nya berahklak mulia,kamu akan ikut sunnah nabi,bukan ikut sunnah Hadi.

      QALAS.

      Padam
    5. Kalau ikut sunnah ulamak pangkor 2, habis diikut pulak sunnah Nga Kor Ming?

      Padam
    6. Kerja berjalan? Kahkahkah....bengap punya PANcai, kerja apa yang jalan tu? Kerja 1% supaya jadi 0%????

      Kalau nak bandingkan orang2 berakhlak mulia pilihlah PAS, Haprak siapa yang mulia? Kahkahkahkah....

      Peliwat ada, LGBT ramai, mahazalim pun ada, bedal isteri orang pun ada, pemimpin kelab malam berlambak dalam haprak, lagi nak cerita pasal akhlak....

      Kahkahkahkah.

      Padam
  4. DAPigs, PKR, PPBM dan PANdir sekarang dah huru hara kerana berebut kerusi di Kedah dan jawatan MB Kedah yang baharu, itu baru Kedah belum lagi negeri lain.

    Kahkahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...serah jer dgn nobody.Pandai dia uruskan...hehehe

      Padam
    2. Di sellangor babi2 nilah yg kamu melantak.cakap tak serupa bikin

      Padam
    3. PAS patut ada kat Selangor untuk jaga rakyat Selangor dari ditipu oleh DAPigs.

      Padam
  5. oRANG ISLAM NABI AJAR,supaya berahklak mulia tak kiralah,mereka itu kafirka,atau sesama islam.Inilah Sunah yg nabi ajarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. tapi sekarang ni dah terbalik.. yg kafir dimuliakan dan yg ulamak dihinakan..

      Padam
  6. Akhir zaman ramaiularmaj su...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulamak dianggap ulamak su hanya kerana mereka kini sudah berbaik dgn paderi hannah yeoh..

      Padam
  7. Org siam pun x percaya kertas undi..d tanah tumpah air ku... masih ada percaya kertas undi....tolong lah ya ALLAH berilah mereka d buka akal supaya x tertipu dulu kini dan selamanya...kerana mereka yakin boler menang...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...