Pas dilihat sedang berbalah ekoran isu penerimaan wang daripada Umno sekali gus menyaksikan wujudnya perpecahan dalam parti itu terutama dalam sayap pemudanya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff memberi gambaran presiden parti tersebut menghalalkan duit Umno manakala Zaharudin Muhammad iaitu menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan tuduhan tersebut.
Dakwaan Nurul Islam itu tular di media sosial apabila enam keratan turutan perbualan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu itu dengan individu tertentu di aplikasi Facebook Messenger tersebar.
Beliau berkata, dakwaannya berhubung sikap Abdul Hadi itu boleh disahkan dengan sekumpulan individu yang menziarahi Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia tersebut.
Turut menyertakan foto terdiri daripada 12 individu terbabit dengan majoritinya berkopiah bergambar bersama-sama Abdul Hadi, Nurul Islam menyebut beberapa nama bergelar ustaz sebagai orang yang boleh diminta mengesahkan pendirian pemimpin nombor satu Pas itu.
"Nta (Kamu) tanyalah Ust Muiz dia tanya pasal duit Umno pada TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan tanya apa jawapan TGHH pada dia.
"Kemudian boleh tanya pada Ust Ismi Taib yang ada dalam gambar tu. Pendirian dan pandangan ana (saya) sama seperti jawapan TGHH kepada Ust Muiz," dipetik daripada keratan Facebook Messenger yang tular sejak beberapa hari lalu.
Nurul Islam juga sekali lagi mengulangi pertanyaan sama ada individu yang meminta penjelasanya itu merujuk kepada kedua-dua ustaz tersebut.
"Nta tanya Ust Muiz dah apa soalan dia tanya dan apa jawapan TGHH? Dan dah semak dengan Ust Ismi every word (setiap kata) yang disebut oleh Ust Muiz dan TGHH?
"Apa pandangan nta terhadap jawapan TGHH? Nta jawab dulu yang ni," desak Nurul Islam.
Fitnah yang berat
Bagaimanapun Zaharudin yang juga Ketua Pas Kawasan Subang dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Nurul Islam itu sebagai 'fitnah yang berat terhadap Tuan Guru'.
"Perbuatan ini (dakwaan Abdul Hadi benarkan penerimaan wang daripada Umno) boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG (Tuan Guru), bahkan kepada Pas secara amnya jika tidak dibendung.
"Saya kenali TG jauh lebih dekat berbanding Nurul Islam. TG seorang yang tegas tentang banyak perkara," tegas Zaharudin dalam satu kenyataan terbuka kelmarin.
Beliau menulis kenyataan itu sebagai menjawab tulisan seorang anggota Pas yang menggunakan nama Abu Ulwan di Facebook.
Menurutnya, beliau telah menghubungi hampir semua mereka yang hadir dalam pertemuan dengan Abdul Hadi itu dan mendapati maklum balas diterima bercanggah dengan dakwaan Nurul Islam.
"Sebab itu saya rasa sangat hairan apabila saudara Nurul Islam boleh mendakwa TG bersetuju mengambil duit daripada Umno di dalam majlis yang dihadiri oleh semua rakan yang saya kenal.
"TG di dalam majlis tersebut empat kali ditanya oleh Ustaz Muiz dan empat kali juga TG menyebut larangan mengambil duit Umno dan menyebut bahawa Pas ada ramai ahli dan penyokong korporat, kenapa mesti daripada Umno?" tulisnya lagi.
Tidak kurang menarik perhatian ramai apabila Nurul Islam menafikan dirinya menerima 'duit Umno' sebanyak RM2 juta yang dianggapnya sebagai fitnah.
Dua kali menulis kata 'terima' duit Umno dengan kesemuanya huruf besar, beliau mengalu-alukan individu yang sedang berhubung dengannya di Facebook Messenger itu mengemukakan laporan tatatertib jika mempunyai bukti berkaitan.
"Kalau nta ada bukti ana TERIMA duit Umno, ana persilakan nta buat laporan disiplin ke atas ana segera," katanya lagi.
Difahamkan, Nurul Islam sebelum ini juga pernah membangkitkan hal sama berhubung pendirian Abdul Hadi yang menghalalkan 'makan' duit Umno bahkan hal tersebut kononnya mendapat 'lampu hijau' daripada Majlis Syura.
mdl
Berbeza pendapat kerana kurang maklumat memang biasa dlm mana2 parti.. tak payah nak besar2kan.. macam budak kecik je lah nak heboh2kan konon..
BalasPadamKalau rakyat masih bodoh macam pan yg percayakan husam mimpi ATGNA 15 kali mungkin lah nak percaya pas sdg berbalah..
Perkara kecik diperbesarkan, semua tahu tahap intergriti PAS mengalahkan BN dan Haprak....
PadamSalam semua. Lama tak jumpa. Minta maaf. Busy sikit sekarang ni.
PadamBerbeza pendapat pasal terima duit perkara kecik???
Patutlah duit rakyat Malaysia dirembat buat filem lucah the wolf of walk street chief lebai tetap sokong???
Rupa-rupanya itulah tahap integriti PAS!!! Patutlah Ketua Dewan Ulama negeri pun tunjuk kote dalam facebook hahaha!!!! Intergriti apa maca tu???
Intergriti lucah??? Hahaha!!
Orang yang lagi bodoh daripada yang percayakan Husam mimpi jumpa Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang tak tahu alamat sebenar Climate Protector hahaha!!!
PadamItupun Husam yang tegur!!!
Tak pun orang yang kata Amanah menyokong DAP sejak PASMA ditubuhkan lagi!!!
Amanah ditubuhkan tahun 2015, Pasma ditubuhkan tahun 2014. Yang beza 1 tahun tu letak kat mana??? Di alam roh??? Hahaha bodohnya!!!
Husam mimpi jumpa TG Nik Aziz 15 kali macam mana kau nak confirm bodoh ke tak???
Yang confirm bodoh orang yang tak tahu alamat sebenar climate protector dan orang yang cakap Amanah menyokong DAP sejak penubuhan PASMA lagi hahaha!!!
Satu pemimpin PAS, satu walaun lebai. Eloklah tu, sama2 bodoh!!!
Duit umno tak sama dengan duit dari John Soh dan Yahudi atau duit dari taukeh Genting....
PadamKehkehkehkeh
Pada mulanya si nobody ni tak percaya husang mimpi 15 kali jumpa ATGNA, yang kelakarnya ada orang PAS kata husang mimpi jumpa ATGNA 15 kali sebagai fitnah tapi apabila ada video husang sendiri yang mengaku jumpa ATGA 15 kali terus si nobody ni percaya, Mudah jugak manusia macam nobody ni dibebalkan oleh husang tugu.
Padam" Tuan- Tuan saya cintakan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Nik Aziz cintakan saya, Tuan-Tuan nak tahu berapa kalai saya mimpi jumpa Tuan Guru Nik Aziz?"
" Tuan-Tuan berapa kali Tuan-Tuan? 15 kali Tuan-Tuan"....
Kahkahkahkahkahkah... addoiii.......
Duit Umno tak sama dengan duit John Soh dan duit Yahudi atau duit dari tauke Genting???
PadamMana kau tau tak sama????
Kau tunjukkan pada aku apa hang tak samanya duit2 tu???
Kalau aku percaya ke tak percaya tak jadi hal!!! Kau sendiri boleh ke sahkan betul ke tak betul???
PadamSama juga Hadi mimpi jumpa Rasulullah kau boleh ke sahkan betul ke tak betul???
Yang sah tak betul macammana walaun cakap Amanah sokong Dap sejak penubuhan Pasma lagi. Pasma ditubuhkan tahun 2014, Amanah 2015, kat mana letaknya setahun tu cuba kau fikir???
Kahkahkah bodoh sangat nauzubilah. Mimpi yang kau tak boleh sahkan kau sibuk, yang reka fakta sendiri apa cerita??? Fakta bodoh pulak tu!!!
Kahkahkah!!! Sama taraf dengan lawat pejabat Climate Control!!! Kelas gitu hahahha!!!
Kesiannya....Din Ayam berbelit lidah jawab soalan Ust Nurul Islam....lain ditanya lain pula dijawab...taraf itu lah yang ada sekarang....hahaha
BalasPadamJilatlah walaun selagi boleh jilat lebai maksum parti suci murni...
BalasPadamLepas pru nanti lenyaplah pascai aka pigs...kihkihkihh...
Kita tgk nanti husam ke mana.. tak sabar nak turun pilihanraya di salor semoga dapat wakil rakyat baru daripada pas..
PadamSiapa yang tak sabar2 dapat wakil rakyat baru daripada parti yang bodoh adalah orang yang bodoh hahaha!!!
PadamOrang bodoh je yang sokong parti yang tak dapat cari pejabat Climate Protector hahaha!!!
Bijak ke jika kata ada akaun affin sedangkan hakikatnya tak ada? Keh keh..
PadamKOTA BHARU - Mahkamah tinggi, di sini tadi menetapkan 23 dan 24 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa terhadap pengetua sebuah sekolah agama di negeri ini.
PadamHusam sebagai plaintif menamakan Masri Che Yusoff sebagai defendan dan memfailkan saman tersebut melalui peguam cara Tetuan Faiz Fadzil & Co.
SEMASA
Kes saman fitnah Husam bicara Ogos
ADILA SHARINNI WAHID
9 JULAI 2017
5
Husam Musa
Husam Musa
KOTA BHARU - Mahkamah tinggi, di sini tadi menetapkan 23 dan 24 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa terhadap pengetua sebuah sekolah agama di negeri ini.
Husam sebagai plaintif menamakan Masri Che Yusoff sebagai defendan dan memfailkan saman tersebut melalui peguam cara Tetuan Faiz Fadzil & Co.
Saman difailkan pada November 2016 dan ditetapkan untuk bicara hari ini, namun ditangguhkan ke bulan depan atas alasan tertentu.
Dalam penyata tuntutan itu, Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan dan Adun Salor, Kelantan mendakwa difitnah defendan melalui akaun Facebook yang didaftarkan atas nama defendan tersebut.
Secara ringkas, Masri meminta Husam menjelaskan isu berhubung tanah seluas 414.37 hektar yang didakwa diberikan kepada Akedemi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd selain meminta Husam menjelaskan pemilikan syarikat berkenaan.
Husam bertindak memfailkan saman itu selepas merasakan defendan secara terbuka (akses yang meluas oleh awam melalui media sosial) berniat jahat dan menuduhnya sebagai pemimpin yang pecah amanah; salah guna kuasa; menyeleweng dan rasuah.
Bijak politik bila rasa tak betul saman!!! Husam suruh saman kalau nak bukti.
PadamKenapa tak saman???
Orang kata berani kerana benar benar, takut kerana pondan hahahha!!!
Itu yang sampai digelar lebai sotong tu. Pondan rupanya hahahhaha!!!
Kalau husam tak berupaya nak bagi bukti akaun affin pun tak pe kita faham.. keh keh..
PadamKalau Hadi pondan tak berani saman pun tak pe kita faham... keh keh
PadamHadi kan pondan keh keh
Guna kaedah islam atau kaedah kafir yg pondan?
PadamKaedah Islam cara syiah ke hahaha???
PadamKalau kau tahu kaedah Islam mana yang membenarkan kau sokong penyamun duit rakyat buat filem lucah dah makan duit haram???
Kaedah Islam apa yang kata kalau tak ada no keahlian Pas masuk neraka???
Kalau kau tak bodoh lah, apa rujukan kau yang kata kaedah Islam sangat tu???
Kau sendiri pun tak tahu kaedah Islam, nak label pasal kaedah kafir pulak dah!!!
Kaedah Islam ke cari alamat pejabat Climate Protector pun tak tahu???
Hahahahhaa memalukan Islam je!!!
Dah lah tak jawab soalan lagi mahu pusing sana sini.. kesian kat husam bukti takde tapi menuduh cukup pandai.. 'profesional' sungguh..
Padam