Negeri Kelantan akan menggunakan model yang ditunjukkan Nabi Yusuf alaihissalam dalam mengurus khazanah negeri bila dipilih mentadbir negeri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata ketelusan dan usaha meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat adalah teras utama yang akan digunapakai nanti.
"Sikap tidak peduli terhadap pekerja dan golongan daif yang jadi amalan kerajaan sekarang akan diganti dengan perancangan khas meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyentuh mengenai guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan penerima bantuan ladang rakyat. Beliau berkata penyelesaian dapat dibuat jika kerajaan benar-benar mengambil langkah wajar.
"Isu guru-guru YIK yang tidak dapat diserap ke jawatan tetap telah berlarutan begitu lama.
"Saya sendiri amat faham masalah ini kerana ayah saya mengajar di sekolah YIK dan ramai adik beradik saya bersekolah di situ.
"Sebenarnya jika khazanah hasil negeri diurus dengan betul dan sistem YIK diubahsuai sedikit satu penyelesaian amat mudah dilakukan.
Beliau yang juga Adun Salur enggan mendedahkan semua kaedah mengenai hal itu, berjanji kepada semua guru di YIK mereka akan diserap ke jawatan tetap bila AMANAH mentadbir kelak.
"Kita tak perlu terangkan semua sekarang nanti mereka tiru.
"Tapi kirim salam kepada semua guru YIK kita janji akan selesaikan masalah mereka," katanya.
"Apabila saya dedahkan semua anak syarikat ladang rakyat kerugian dan ada yang tutup mereka kata saya fitnah.
"Akhirnya seorang Exco kerajaan menjawab Ladang Rakyat rugi kerana saya tak datang mesyuarat.
"Memang betul apabila saya dilantik menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat hanya sekali saya hadir.
"Saya ambil pendirian tidak mahu terus duduk di situ kerana perjalanannya terpesong dari rancangan asal.
"Asalnya Ladang Rakyat dirancang untuk dimajukan sendiri oleh pihak kerajaan melaui anak syarikat tetapi apa yang terjadi ialah ia diurus pihak swasta," katanya.
Kini katanya yang mengaut untung adalah pengusaha swasta yang ditaksirkan mengumpul keuntungan tahunan sekurang-kurang RM11 juta.
"Sedangkan apa yang diperolehi kerajaan sekarang hanya RM2 juta setahun.
"Dari hasil ini 4500 peserta ladang Rakyat mendapat imbuhan bulanan RM200.
Jika AMANAH bersama Pakatan Harapan menerajui kerajaan menurutnya, Menteri Besar bahari boleh mengkaji semula perjanjian berat sebelah ini.
"Paling kurang dalam mas sebulan kerajaan boleh tingkatkan perolehan dua kali ganda kepada RM4 juta.
"Dari perubahan ini saja kita boleh tambah imbuhan peserta kepad RM400 sebulan dan jumlah peserta boleh ditambah kepada 7 000 orang." katanya.
Menyentuh perkembangan positif gabungan Pakatan Harapan beliau mahu sikap hormat menghormati antara parti-parti komponen ditingkatkan.
"Tidak perlu ada yang merasa lebih tinggi dan lebih rendah dalam gabungan ini.
"Semua pihak penting untuk mencapai misi penting mengalahkan Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara ini," katanya.
mdl
Husam kusam dah senyap pasal karbon kredit di kelantan? Dia lupa dah kut!
BalasPadamAlmaklumlah di penang kan ada kilang haram karbon kredit yg baru kena sita.. dah 10 tahun pun beroperasi tanpa lesen.. patutlah dia mudah lupa..
Kalau nak tgk ciri2 orang pengecut ni ialah bila org lain yg sudah sah diberi lesen utk beroperasi tapi baru nak mula malah belum tahupun lagi hasilnya, namun begitu dia sudah pun kecoh2kan secara negatif ke seluruh negara..
Tapi bila kena batang hidung tokey kpd barua berkenaan yg dah sah 10 tahun beroperasi tanpa lesen si barua tu hanya diam seribu bahasa seolah2 dia tak pernah cakap apa2 pun pasal karbon kredit sebelum ini..
Allah bayar cash aje org macam ini!!
Org barua bacul macam ni ke korang nak jadikan mb kelantan?
PadamNanti kalau dah jadi MB mungkin Husang akan kata beliau bermimpi jumpa Nabi Yusuf pulak tiap-tiap malam....dasar hipokrit.
PadamKahkahkahkahkah....
Sedara, di penang bukan carbon credit, itu kes lain... jangan tabur fitnah sebab bila ada yg like maka tuan kena tanggung dosa.. sudah2 la serang Amanah... musuh sebenar kita umno...
BalasPadamSenang cerita kilang haram yang beroperasi selama hampir 10 tahun dan kerajaan Penang makan duit haram, bukan saja dari kilang haram bahkan pusat judi, premis pelacuran dan pusat maksiat berlambak beroperasi secara haram, sebab tu Penang banyak hasil negeri....memang umno musuh kami, tapi kalau PH bertanding ditempat PAS bertanding, PH pun musuh PAS jugak.
PadamZhuge Liang.. ada 2 jenis kilang karbon..
PadamKredit di kelantan - halal
Penapisan di penang - halam..