Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 28, 2017

Sebanyak 57 peratus golongan muda sertai Bersatu

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sebanyak 57 peratus ahli parti itu dikalangan golongan muda berusia di bawah 35 tahun.
Katanya, ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan sebagai sebuah parti baharu dalam usaha menarik golongan muda menyertai parti itu.
"Setakat semalam 57 peratus ahli Bersatu dikalangan golongan muda. Kalau nak harapkan Umno tidak akan dapat peratus sebanyak itu.
"Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi sahaja kita ada 7 wakil anak muda. Ini merupakan sokongan yang besar berbanding apa yang pernah diberikan oleh Umno dahulu. Bahkan  anak muda daripada Bersatu juga turut diberikan peluang dalam jawatankuasa Pakatan Harapan ," ujarnya.
Beliau berucap pada majlis anjuran Armada Bersatu dalam program "Fund Rising Dinner" yang diadakan di Gombak semalam.
Dalam majlis sama Armada turut melancarkan "Bicara Wawasan 2020" suatu agenda untuk menyampaikan suara rakyat dalam satu bentuk perbincangan berkelompok dalam pelbagai bidang bagi meneruskan agenda Wawasan 2020 yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991 itu.
Menurut Syed Saddiq sembilan agenda yang digariskan dalam Wawasan 2020 dilihat agak tersasar  daripada Transformasi Nasional 2050 (TN50)  tetapi ia  akan menjadi sebahagian dasar dalam Pakatan Harapan kelak sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
" Kita nak masukkan input-input daripada sembilan agenda yang pernah digariskan dalam Wawasan 2020 itu untuk dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun ini jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya kelak.
"Antaranya kita mahu memperkasakan suara-suara golongan wanita, NGO dan profesional ," ujarnya.
Beliau turut memaklumkan sesi perbincangan dikalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan profesional lain akan diadakan pada bulan hadapan yang mana Armada akan mengetuai sesi perbincangan tersebut bersama pimpinan dalam Pakatan Harapan.
mdl
Picture

10 ulasan:

  1. Dari 57% tu berapa jumlah keseluruhan?

    Orang muda yang dah berjaya diperdayakan oleh mahazalim dan mahafiraun yang belum mengenali peel sebenar Madey Kutty.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm 5k jer tuan...
      Kiralah sendiri..
      Syed sadik clubbing nie lemah math...hehehe

      Padam
  2. Mahazalim skrg ialah abg jib la biol...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooo...lupa pulak Madey dah jadi mahasuci sekarang sebab dah dicuci dengan alat pencuci oleh Pakatun Harampan.

      Najib dan Madey tiada bezanya, cuma Najib belum lagi masuk Pakatun Harampan dan belum lagi dicuci segala dosanya, sebab tu sekarang ni Najib dilihat mahazalim oleh pengikut haprak. Bagi aku keduanya mahazalim.

      Kahkahkahkah...

      Padam
  3. pakatan boleh menang asalkan mat bangla tak dtg mengundi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu pendubur dan pemuki agung haprak di luar penjara kemgkinan besar kemenangan bagi pakatan HAPRAK...hehehe
      Kemasukan musuh ketat haprak iaitu mahdey membuat pengikut setia haprak termuntah2...hehehe
      Nak undi haprak atau tak mgundi...hehehe

      Padam
  4. Syed sadiq sigaraga nie kempen hapuskan rasuah tapi punaisihat parti bunga adalah bapak rasuah spt dikatakan kit sial & nuar.Mgkin benar rasuahnya.Klu tak..tak kan mgkin anak2nya boleh kaya raya sekelip mata...hehehe
    Dlm ceramah berdegar2 tapi hanya org bodoh jer mudah percaya.Cakap kosong tanpa fakta dan bukti itu adalah kebolehan dia.Mgkin standard pendebat kaki clubbing yg sesuai dgn haprak....hehehe

    BalasPadam
  5. cant imagine klu zahid jd pm kena berucap dlm international forum.. english hancuss... tergagap2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kit sial usia dh nak mampuih pon bhs mesia mcm bangla baru masuk mesia.
      Blm lagi yb2 dapigs yg lain... terburu2 jadi terbulu2...hehehe

      Padam
  6. Yang penting Najib Lahanat dgn Umno mampus semampus mampus nya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...