Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 01, 2017

Tidak tahu majlis Umno walaupun surat dari Wisma Umno Kuala Lipis?

Selepas tular foto Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kawasan Lipis, Ustaz Mohd Mahyuddin Ghazali berpeluk dengan Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Agung Umno Bahagian itu, pimpinan Pusat parti tersebut tampil menerangkan situasi sebenar.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memberitahu Mahyuddin hadir atas kedudukannya sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah di Kampung Tempoyang untuk menerima wang zakat daripada Perdana Menteri.
Menurutnya, lima wakil maahad tahfiz lain di Parlimen tersebut turut menerima sumbangan itu yang disampaikan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.
"Beliau (Mahyuddin) tidak tahu pun mengenai Mesyuarat Agung Umno Bahagian dan tidak bertujuan menghadhiri (menghadiri) Majlis Mesyuarat Agung Umno Bahagian tersebut.
"Sebarang tindakan mengeksploitasi atau manipulasi keadaan adalah suatu yang sangat dikesali," tegasnya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau pukul 10.47 malam tadi.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu turut melampirkan surat jemputan ke majlis penyampaian tersebut yang ditandatangani Datuk Abdul Rahman Mohamad.
Surat jemputan berkenaan jelas tertera di bahagian bawahnya alamat Wisma Umno Tingkat 2, Jalan Bukit Blus, 27200 Kuala Lipis bersekali dengan nombor telefon dan nombor faks.
Ekoran itu, penjelasan Nasrudin kemudiannya hanya mengundang kecaman dan sindirian pengguna media sosial termasuk mendakwa pemimpin Pas itu 'lebai penipu' apabila mendakwa Mahyuddin tidak tahu tentang Mesyuarat Agung Umno Bahagian Lipis itu.
Hal tersebut dikukuhkan lagi apabila Najib di laman Twitter dan Facebook beliau memuat naik gambar berpelukan dengan Mahyuddin di dalam dewan berlangsungnya mesyuarat tersebut.
Mahyuddin berkopiah dan berpakaian serba putih yang dianggap Najib berjawatan Pesuruhjaya Pas Kuala Lipis jelas kelihatan hadir di mesyuarat Umno itu dengan wajah ceria, berjabat tangan dan berpelukan dengan Presiden Umno itu.
"Gembira dapat berjumpa dengan Pesuruhjaya Pas Kuala Lipis Mahyuddin Ghazali ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis tadi," dipetik daripada Twitter Najib semalam.
Walaupun Nasrudin mendakwa lima wakil maahad tahfiz turut menerima sumbangan tersebut tetapi gambar mereka terbabit tidak tular seperti Mahyuddin.
Banyak pihak menganggap kehadiran pemimpin tempatan Pas berkenaan sebagai percubaan Umno untuk menarik ahli Pas supaya meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Tidak kurang juga menyifatkan insiden terserbut sebagai rentetan siri kerjasama antara Pas dan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Tidak pernah berlaku sebelum ini terutama ketika Pas pada era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, kehadiran Mahyuddin dalam mesyuarat Umno Bahagian itu susulan daripada penyertaan Abdul Hadi sendiri sejak beberapa tahun lalu dalam beberapa program yang turut dihadiri Najib Razak.
mdl

14 ulasan:

  1. Kah--kah macam ni kah geng lebai nak perintah Pahang? ...habis kena tipu UMNO je la..

    BalasPadam
  2. Sabar bro... kita tunggu dan dengar apa ulasan walaun... tungguuu...

    BalasPadam
  3. Bukan nak tarik ahli PAS masuk umno tapi ahli umno yang akan masuk PAS.

    Dalam diam je mereka akan tinggalkan umno kerana politik matang dan sejahtera disertakan dengan kebijaksanaan PAS merapatkan diri mereka.

    Bukan umno je yang berminat dengan ahli PAS, pakatan haprak pun kebulur merayu ahli PAS agar meninggalkan PAS, ahli PAS ni bukan mudah untuk memperbodohkan mereka.

    Kebanyakkan ahli PAS ni berprinsip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2...hehehe
      Mrk cukup bangga ada mahdey dlm team mrk....hehehe
      Kita tengok ler sapa yg kena jadi budak bodoh dan bangang...hehehe

      Padam
    2. Betul pas mmg berprinsip... lepas u turn u turn... hari ni ckp lain esok buat lain... yea pas mmg berprinsip... pooodaahhh...

      Padam
    3. Pooodah tu layak untuk mamak kutty yg kau sanjung je, boleh bagi bukti dengan tuduhan u turn?

      Jangan jadi macam nobody tuduh tanpa bukti.

      Padam
    4. Kapir dapigs dulu sokong hudud...
      Bila semua kepala melayu haprak di bwh tapak kaki mrk...semuanya hanya tggl kenangan.Tggl sibangang jer yg msh setia menjilat bontot mrk demi periuk nasi dan sedikit kuasa.

      Padam
    5. Pembetulan.. kafir tu mulanya tidak menghalang pas perjuangkan hudud secara bersendirian.. kini cuma kafir lahanat shj yg menentang perjuangan utk perlaksanaan hudud di malaysia ni..

      Padam
  4. Dah terbukti berpeluk dgn jib, dipuji lg, bg alasan x tau tp dlm surat dah ada, apa la bangang sgt pemimpin dan walaun, dlm islam x ajar sokong membabi buta, kalau dah salah ngaku je xyah nak pertahan la, buat malu kat amno je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis umno ke majlis bn ke kalau ada peruntukan utk masjid tempat aku jadi imam pasti aku pun pergi..

      Akibat terlalu perhambakan diri, barua2 ni kini hanya nampak duit dari LGE je yg halal.. parah dah ni..

      Padam
  5. Cash is king bro. Q7. Audi. Valfire. Alphad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni sorang lagi vangang.. para ustaz tu nak berceramah kpd umat islam ke sana sini habis ceruk kampung dorang masuk; jadi salah ke ada kenderaan yg menyelesakan dan mampu jelajah pelbagai jenis jalan dan keadaan? Dorang bukan yg macam pan sokong tu yg yg duk di bandar2 besar sambil menyebarkan kristian evangelis melalui buku dan jawatan wakil rakyat!

      Padam
  6. hadi mana? senyap jek.. letak jawatan la, kasi org yg lebih berkaliber jd presiden. ramai yg menunggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu andaian kamu.. sedangkan dia tak pernah terlibat pun dgn ug dan pangkor 2..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...