Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 06, 2016

PENGANALISIS : PARTI PAS SEPATUTNYA PECAT DATO HUSAM MUSA.

 Dr Kamarul Zaman Yusoff

KOTA BHARU – Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat gesaan supaya dua pemimpin tertinggi parti berundur baru-baru ini seolah-olah menggambarkan karier politiknya kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana, apabila tindakan (gesaan) tersebut dibuat oleh pemimpin yang sama dalam parti, ia membayangkan saluran komunikasi dalaman antara mereka sudah tidak diyakini atau sudah tertutup.

“Gesaan menyuruh berundur ini biasanya dilakukan mereka yang bersikap berlawanan dengan parti, bukan yang menyokong agenda parti. Apabila ia dibuat secara terbuka oleh sesama pemimpin parti di hadapan pemimpin dan penyokong parti lawan, ia membuktikan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Dan berdasarkan pengalaman lepas, keadaan tegang ini selalunya akan berakhir dengan pihak yang mengkritik keluar dari parti ataupun diambil tindakan disiplin oleh parti sehingga dipecat dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Bekas Naib Presiden Pas itu yang mahu dua individu penting dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke parlimen.

Mereka yang terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga didakwa perlu melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, dalam keadaan di mana Husam terikat dengan baiah talak tiga jika keluar dari Pas, beliau sebenarnya boleh diambil tindakan disiplin oleh Pas atas kenyataan dan tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

Dr Kamarul yang juga penganalisis politik turut memberitahu, Pas boleh membiarkan Husam berbuat apa sahaja tanpa memberikan reaksi dan layanan sehingga beliau kepenatan sendiri, namun ia boleh menjejaskan kredibiliti Pas di mata rakyat umum.

“Apatah lagi apabila Husam adalah bekas Naib Presiden Pas dan bekas Exco Kerajaan Kelantan yang dilihat masih mempunyai kewibawaan dan pengikut beliau sendiri.

“Pas sepatutnya membebaskan Husam kerana kewujudan beliau di dalam Pas pun sudah dilihat lebih mendatangkan mudarat daripada memberikan manfaat kepada Pas. Bila beliau berada di luar Pas, kritikan beliau kepada Pas akan berkurang biasanya, malah beliau juga tiada alasan lagi untuk campur sangat hal ehwal dalaman parti Islam itu berbanding sekarang,” katanya.

sh

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Mmg dia tunggu utk dipecat..tapi saya rasa eloklah biarkan sahaja di dalam parti org yg spt beliau dan mahfuz omar x perlu kita layan sgt..sbg org yg masih cerdik pasti mereka boleh berfikir sejauh mana sokongan ahli parti kpd mereka setelah kalah dlm muktamar..kecuali mereka mendapat arahan dan sokongan dari PAN/DAP maka mereka akan berkelakuan buat2 x paham akan kekalahan mereka yg lalu..

    So pada kami di akar umbi x kesah pun..sdgkan G18 pun kami boleh singkirkan apalah yg kami nak risau akan G19 dan G20 ini..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...