Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Februari 12, 2016

PANAS!!! : KENYATAAN PANAS!! TERBUKA DARI YB KHALID SAMAD.. RAKYAT KENA BACA NI.

'Tidak jadi kafir, munafik keluar Pas masuk Amanah'

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil sikap terbuka terhadap khabar bahawa ada ahli parti itu yang mahu kembali kepada Pas.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, Amanah tiada masalah sekiranya benar ada ahli parti itu yang mahu berbuat demikian kerana ini negara demokrasi.
"Kalau ada orang Amanah nak balik kepada Pas, silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.

"Kalau ada orang Pas nak masuk Amanah pun, kita harap pihak Pas pun akan mempunyai sikap yang terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat.

"Tidak jadi kafir masuk Amanah, keluar Pas. Tidak jadi munafik keluar Pas, masuk Amanah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa lebih ramai ahli Amanah dijangka menyertai semula Pas dalam tempoh enam bulan akan datang.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya berharap Pas juga bersikap terbuka seperti Amanah dalam perkara itu.

"Kita hormat pilihan masing-masing dan kita harap Pas pun akan mempunyai sikap yang sebegitu rupa. Biar ahli yang pilih sendiri berdasarkan keyakinan masing-masing.
"Tidak perlu ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah...Biar orang pilih atas keyakinan masing-masing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub mencabar Pas menamakan seorang sahaja ahli Amanah yang mahu kembali kepada Pas.

"Apa yang saya boleh yakinkan pada hari ini adalah yang nak masuk Amanah ramai...ini adalah daripada Pas. Sebab itu ada istilah harumanis. Itu yang Setiausaha Agung (Takiyuddin) perlu lihat
"Mereka (Pas) sekarang ini sedang dalam proses membuat peraturan-peraturan mengeluarkan surat-surat amaran termasuk tak boleh pergi ke ceramah Amanah, termasuklah yang minum kopi dengan kami pun akan dikenakan tindakan.

"Kami tidak mahu buang masa untuk melayan tuduhan seperti itu," katanya.

sh

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

8 ulasan:

  1. Nampak wan Rosli nampak penjilat hadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, you are absolutely right! Wan Rosli is undeniable known as 'Hadi ass licker', kuang kuang kuang...

      Padam
  2. Never forget bros..

    Ingat PAN ingat DAP!! Lupakan yg lain..

    BalasPadam
  3. Pemimpin2 pas ramai dah syirik ..bercakap mcm tuhan..apa alasan mereka,penyokong AMANAH akan keluar parti dlm masa 6 bulan lagi????? Ini semua adalah andaian kosong penyedap mulut dan penenang hati yg sdg bergelodak...AMANAH akan tetap segar ,utuh dan berkembang pesat..tak percaya tunggulah dlm sedikit masa lagi berdasarkan gerak kerja yg di atur serta perancangan teratur dan mantap ..rakyat semakin buka mata tentang kehebatan AMANAH disamping pemimpin2 terbilang dan bijak dlm susuatur perancangan parti.....pas? semakin tertinggal jauh kebelakang dan teracari2 arah tujuan yg kian kusut dan kabur.

    BalasPadam
  4. Perancangan terlalu teratur kut.. sampai x de org nk dgr ceramah PAN!! Yg heran tu jgn kan org melayu , org cina pun x sudi..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...