Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Februari 05, 2016

PANAS!! : PAS TERENGGANU YAKIN RAKYAT KEDAH MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAS.

Pas

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menaruh harapan tinggi parti itu mampu mengukuhkan semula kedudukan di Kedah pada PRU14.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tidak mustahil rakyat akan mengembalikan semula Kedah kepada Pas pada pilihan raya umum akan datang berikutan kecewa dengan kemelut dalaman Umno yang melanda negeri itu beberapa hari lalu.

Menurutnya, pertukaran Menteri Besar Kedah sudah tentu mengecewakan sebahagian ahli dan pengundi BN dan keadaan itu berpotensi mendorong mereka menyokong pembangkang.
“Rakyat sudah tentu mencari alternatif lain (pada PRU14). Lagipun Umno bukannya menang besar di negeri itu.

“Kita taruh harapan tinggi dan optimis Kedah akan diambil alih pembangkang,” katanya, di sini.
Beliau berkata, sikap pengundi yang dianggap bijak membaca permainan politik semasa mungkin berpotensi menambahkan undi pembangkang sekali gus mengatasi kerusi BN pada PRU14.

Mengulas lanjut, Satiful yang juga Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Terengganu berkata, isu di Kedah tidak menggambarkan situasi yang benar-benar memerlukan pertukaran menteri besar.

Katanya, beberapa isu yang timbul di peringkat nasional sehingga memberi kesan besar terhadap rakyat sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu tanpa menambah apa-apa isu lain yang boleh menyebabkan rakyat berasa muak.

Jelasnya, beliau sendiri hairan dengan sikap Umno sehingga perlu kepada pertukaran menteri besar baharu sedangkan menteri besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tidak mempunyai masalah.

“Kita pun tidak tahu apa salah Mukhriz. Keadaan ini menyebabkan rakyat meluat kerana mereka menghadapi tekanan ekonomi, kereta pula akan naik harga dan Kedah masih ramai lagi rakyat miskin, yang menoreh getah, harga getah pula jatuh. Apabila timbul krisis politik seperti ini, rakyat akan kecewa,” katanya.

sh

IKLAN PENAJA Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...