Kenyataan Umum.
23 Febuari 2016
SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU
1.
Ternyata Azmin Ali merupakan ahli politik yang
licik. Ketika dia dibuktikan menipu dalam media dengan saya mendedahkan dokumen
‘OSA’ kerajaan Selangor yang membuktikan dia terlibat memberikan kawasan balak TENDER
TERBUKA maka dia telah mengalihkan isu tersebut dengan serangan terbuka dia
kepada Lim Guan Eng, ternyata setakat ini dia berjaya mengalihkan isu tersebut.
2.
Serangan terbuka demi kepentingan politik
peribadi kelompoknya (kartelnya) ini bukan pertama kali dilakukan. Umum tidak
harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Hussin Ali dan termasuk dia
menggerakkan kartelnya menyerang Presiden dan keluarga dalam media.
3.
Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan
dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan
(Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa
dia perlu menyerang secara terbuka ? Namun ini tidak pelik kerana anak angkat
Mahathir inilah merupakan, watak yang
sengaja menghulur tangan kepada Pas yang memang sudah semakin jelas bersama
Umno dan menidakkan kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Teguran dan pandangan Azmin sengaja dilontar
secara terbuka tanpa melalui struktut Pakatan Harapan terlebih dahulu hanya
kerana niatnya mengalihkan isu dan melemahkan ikatan Pakatan Harapan. Serangan
terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang.
4.
Azmin bercakap soal ‘demokratik’ tetapi adakah dia
faham atau tidak soal hormati amalan praktis demokrasi itu ? Jangan kuman
seberang laut Nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak. Pentadbiran Azmin
sendiri sama ada dalam kerajaan atau parti sendiri tidak demokratik. Lantikan
Ahli Majlis di Selangor sahaja menimbulkan bantahan apabila dia mengenepikan
peranan Cabang kerana masih berdendam dengan kebanyakan cabang yang tidak
menyokong dia dalam pemilihan parti yang lepas. Peraturan kreteria pemilihan
yang ditetapkan sendiri tidak dihormati untuk menempatkan kartel dia.
5.
Bercakap isu ketelusan adakah dia telus, malah
ternyata menipu di media apabila dia menafikan pertanyaan saya mengenai tender
balak yang mana dia menempelak saya sebagai ‘menyalak’ dan ‘macai umno’ namun
dia sendiri tersentak apabila saya mendedahkan dokumen OSA milik kerajaan
Selangor yang membuktikan tiada tender terbuka dan dia sendiri mempengerusikan
mesyuarat tersebut. Itu belum lagi meneliti mana lagi projek besar yang tidak
ada tender terbuka. Bagaimana pula dengan projek Facelift (ubahsuai ringan)
Gerbang bernilai RM9.7juta dan tukar kubah serta pejabat Masjid Shah Alam yang
berjumlah RM65.7 juta ?
6.
Kepada penggerak PKR jangan tertipu dengan hujah
kononya Azmin begitu kerana pertahankan kepentingan parti. Tahu atau tidak
berapa banyak projek runding terus di Selangor , peningkatan mendadak 3 – 4 kali
ganda jumlah kakitangan MBI yang melibatkan gaji yang besar namun siapa yang
dapat ? Majoriti penggerak parti malah ketua – ketua cabang, amk cabang dan
wanita cabang masih tercungap – cungap berjuang bagi meneruskan hidup dan
perjuangan. Lantikan GLC dan seumpamanya hanya didominsi oleh kartelnya
termasuk yang dibawa dari luar Selangor. Malah dari segi projek dan tender yang
dilepaskan kepada syarikat berkepentingan Umno Bn juga bukan kepalang
banyaknya.
7.
Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR
supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur.
Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam
kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut
(pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam
mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya
diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan
pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744
ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri
bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan
bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung
pampasan sehigga RM1biliion.
8.
Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan
negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk
menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh
kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7
juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana
ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.
9.
ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat
sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan
membentag usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan
berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya
mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat
tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan
P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil
ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya
dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan.
Sekian ;
che’GuBard
Ahli seumur hidup PKR
JEMPUT KLIK http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html BACA KENYATAAN PENUH PENDEDAHAN DOKUMEN OSA KERAJAAN SELANGOR BUKTIKAN PENIPUAN AZMIN BERKENAAN ISU BALAK.
JEMPUT KLIK http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html BACA KENYATAAN PENUH PENDEDAHAN DOKUMEN OSA KERAJAAN SELANGOR BUKTIKAN PENIPUAN AZMIN BERKENAAN ISU BALAK.
IKLAN PENAJA
Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.
Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.
klik link sini : http://autod9.com/army
Mana wan rosli ni.xnk komen2 sini ke.tgh mkn2 dedak ker.kahkahkahkah
BalasPadamSyyyyy.mlm2 jgn kacau time2 ni wan rosli busy dok layan video german tau
PadamTak mau layan fitnah.. bukan budaya PAS ..
PadamKahkahkah. Bukan layan fitnah, dh xda fakta nk lawan
PadamAsyik2 kalah hujah aje.kahkahkahkah.ops...mana walaon tau fakta2 ni.makan dedak tau le.kahkahkahkah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamLaaa nape admin remove komen ni.nk jg tgk hujah biut walaon
PadamDah agak dah tindakan adun2 pkr mesti ada dalang dari luar..pelik tak jika semua adun pkr bertindak serentak tak sokong tindakan kerajaan negeri,seolah olah ada arahan dari pkr pusat...
BalasPadamPkr ni dianggotai oleh bekas2 umno..peramgai pun cam umno..pdmbangkang tak punya ketua yg kuat..kak wan tak da karisma untuk menyatukan semua kepala..nmpak letih..next election pokjib akan tabur duit,bangla masuk lagi..pembangkang hanyut le
BalasPadam