Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 03, 2015

Berita Semasa : Guan Eng bersikap 'tak manis' kata Dr Azman Ibrahim

 Dr Azman

KUALA TERENGGANU – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap ‘tidak manis’ terhadap Kerajaan Pas Kelantan berhubung dakwaannya yang disifatkan merendah-rendahkan kredibiliti kerajaan negeri itu dalam isu pengurusan bencana banjir yang melanda negeri yang digelar Serambi Makkah itu baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bukan itu sahaja, dakwaan Guan Eng bahawa Kerajaan Kelantan tidak pandai buat kerja boleh dipersoalkan kerana tiada sebarang pertemuan atau perbincangan dibuat antara beliau dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung isu banjir tersebut.

“Setakat dimaklumkan, dia tidak jumpa menteri besar tetapi jumpa NGO. Sepatutnya untuk dapatkan maklumat secara terperinci dia perlu berjumpa dengan rakan sejawat. Kalau ada cadangan kukuh, terus kepada Kelantan.

“Bagi saya tidak manis ketua kerajaan merendah-rendahkan kerajaan yang lain. Sepatutnya dapatkan maklumat terperinci lagipun kedua-dua kerajaan itu sama-sama PR,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadapnya yang dianggap tidak pandai buat kerja dalam menangani krisis banjir baru-baru ini sebagai tuduhan berat.

sh

 http://biz-55.com

1 ulasan:

  1. Ganu lagi yang banyak bekap tuang presideng dan s/u, negeri lain tak ada ke?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...