Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 30, 2014

[ Bantah GST Esok ] TG Nik Aziz seru rakyat turun dengan baik

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.

Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain.

hd

1 ulasan:

  1. korang ni kalau pegi berhimpun kat tempat lain selain KL boleh tak? kat shah alam ke, kota bharu ke, penang ke, hutan belum ke, taman negara ke.. aku nak pegi pesta buku beli buku la... sekarang jalan jem, sampai mati aku tak maafkan korang yang pegi, dan hasut suruh pegi sebab buang masa aku. Nak suruh aku maaf, akhirat esok bagi pahala atau amik dosa aku.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...