Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mac 20, 2014

Radar Malaysia sepatutnya mampu kesan MH370 - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 20 MAC: Kerajaan Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 dengan menggunakan sistem radar untuk mengesan pesawat berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour, Anwar berkata kerajaan membeli sistem radar marconi semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri yang berupaya mengesan pergerakan pesawat.

Anwar cnn“Ia mempunyai keupayaan untuk mengesan sebarang pasawat dari Barat – atau Timur ke Pantai Barat, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi.

“Saya dapati amat mengejutkan apabila mereka tidak mampu (memberi jawapan), atau mereka berikan hanya sedikit maklumat.

“Masalahnya kewibawaan kepimpinan. Mereka bersalah kerana terdapat tanggapan umum mereka tidak membukanya, ini sistem kerja yang tidak telus,” katanya dalam wawancara CNN yang disiarkan pagi ini (waktu Malaysia).

Kecewa dengan maklumat palsu mengenai kehilangan MH370, Anwar berkata, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan kehilangan pesawat berkenaan dengan isu politik.

Anwar menambah, dirinya turut menjadi sasaran serangan yang berterusan dan mengaitkan juruterbang berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Anwar berkata Zaharie sebenarnya mempunyai talian persaudaraan di sebelah menantu beliau.
“Apa yang menantu saya beritahu, Zaharie adalah saudara jauh, tetapi menantu saya tetap panggil beliau ‘pakcik’. Panggilan tersebut adalah amalan biasa di sini (Malaysia). Tapi saya memang mengenali beliau..hanya sebagai aktivis parti (KEADILAN),” katanya.

Sementara itu, Anwar menolak laporan media  bahawa juruterbang pesawat berkenaan bertindak demikian kerana kecewa dengan keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya.

“Maklumat yang saya perolehi, rakan-rakannya terganggu dengan laporan yang ditulis mengenai beliau – malah ramai yang lain turut terganggu. Maksud saya, kami terkejut dengan kelajuan proses mahkamah rayuan.

“Tetapi saya rasa itu perkara biasa. Saya tidak fikir ia akan menyebabkan seorang yang pakar dan berkaliber seperti beliau melakukan apa-apa aktiviti yang tidak diingini. Saya yakin tentang itu,” ujar Anwar.
Menurutnya lagi, Zaharie adalah salah seorang individu yang mencintai reformasi demokratik dan bukan seorang pengganas.

“Beliau menyokong pakatan kami yang berbilang kaum. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremis,” katanya yang mengakui pernah bertemu Zaharie beberapa kali.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...