Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mac 19, 2014

PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan - Wan Azizah

KAJANG 18 MAC: Pertambahan mendadak pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dari kira-kira 300 pengundi kepada 1187 sejak Pilihan Raya Umum ke 13 lalu meragukan.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN terbabit, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tambah meragukan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pemantauan dilakukan parti bertanding ketika pengundi awal membuang undi.

“Nampak peningkatan mendadak. Ini yang kita agak sangsi. Lazimnya pengundi awal nampak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) sebab tidak ada pengawasan.

“Lepas pembuangan undi, sebelum pengiraan tidak ada pengawasan wakil kami cuma dari SPR dan pihak polis,” kata Dr Wan Azizah ketika ditemui Selangor Kini di Kampung Sungai Kantan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi 1 PKR bagi PRK Kajang, Yahya Shaari memberitahu Selangor Kini, pertambahan itu berlaku selepas Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Cheras dimasukkan dalam kawasan DUN Kajang dalam persempadanan sebelum ini.

Persempadanan semula yang dilaksanakan SPR sebelum ini sering menjadi isu hangat yang dipertikaikan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berikutan dakwaan memberi keuntungan kepada BN.
Esok 19 Mac merupakan hari mengundi bagi pengundi awal bagi PRK DUN Kajang.

Seramai 1187 pengundi awal dijangka akan membuang undi di tiga pusat pengundian yang dibuka SPR.
EZY

SelangorKini

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...