Kes Anwar dikendali secara tak wajar, aniaya - Majlis Peguam
KUALA LUMPUR 11 MAC: Cara pengendalian proses rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan tidak didakwa dengan cara yang wajar, kata Majlis Peguam.
Presidennya, Christoper Leong dalam kenyataannya berkata, sebelum ini pendaftar Mahkamah Rayuan memaklum dan mencadangkan kepada peguam Anwar serta menetapkan 7 hingga 10 April depan sebagai tarikh pendengaran yang dicadangkan.
Namun tempoh tersebut walaupun telah dipersetujui, secara tiba-tiba diubah kepada 6 dan 7 Mac.
“Tindakan itu menurutnya menyebabkan peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan hanya mempunyai tujuh hari sahaja untuk menyediakan butiran kes tersebut yang sebelum ini melalui proses penghakiman yang panjang.
“Ia menimbulkan persoalan mengapa proses penghakiman tersebut di Mahkamah rayuan telah dipercepatkan walaupun tarikh asal pada April telah dipersetujui.
“Defendan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun, tarikh 7 April memberikan lebih masa kepada pasukan pembelaan untuk membuat persediaan,” jelas Christoper.
Tindakan tersebut menurutnya perlu dijawab, kerana menimbulkan banyak persoalan dan persepsi bahawa keadilan telah terganggu.
Christopher menegaskan, cara pentadbiran sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman adalah saling berkaitan, menegakkan kedaulatan undang-undang dan menanamkan keyakinan orang ramai terhadap sistem tersebut adalah satu tanggungjawab yang sangat penting.
KeadilanDaily
Prinsip undang2 lanun, siapa lebih kuasa berhak mengatur perjalanan bicara. Jelas sekali kelihatan tidak adil. Hakim jenis apakah itu? Spesis Balbir Kaur agaknya.
BalasPadam