KEADILAN pagi ini dikejutkan dengan
 berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN telah
 disekat dari memasuki negeri Sarawak. 
Beliau telah tiba di Sibu dengan 
penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon KEADILAN 
dalam kempen PRK Balingian. 
Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan 
pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat 
Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari 
memasuki negeri Sarawak.
Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. 
Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa 
walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus 
merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak.
# Fahmi Fadzil adalah  Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...