Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 31, 2014

Anwar Ibrahim menafikan tindakannya bertanding presiden PKR semata-mata menghalang Azmin Ali

Nafi tanding presiden untuk halang Azmin 

ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tindakannya bertanding presiden PKR semata-mata menghalang Azmin Ali dalam persaingan jawatan itu.

Beliau berkata, ia tidak ada apa-apa kaitan termasuk cubaan menutup peluang timbalan presiden itu bertanding menentang penyandang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, desas desus itu hanyalah permainan politik pihak tertentu terutama Umno.

“Buat apa nak layan Umno punya teori. Jangan layan teori Umno,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena Jelajah Reformasi 2.0 di Kompleks Pas Pokok Sena, malam kelmarin.

Anwar juga menafikan dakwaan bahawa beliau akan menentang isterinya, Wan Azizah untuk merebut jawatan presiden pada pemilihan jawatankuasa pusat 2014 Mei depan.

Menurutnya, jika beliau dihalang bertanding jawatan itu disebabkan keputusan mahkamah, maka Wan Azizah sudah bersedia.

“Andainya saya tak boleh bertanding, Azizah bersedia. Maknanya bukan ada hasrat bertanding antara saya dan Azizah.

“Jika ada halangan saya pegang jawatan, maka kita harus buat persiapan,” katanya.

Anwar berkata, tidak timbul soal perwakilan mahu pilih beliau atau Wan Azizah pada pemilihan kali ini kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Kalau saya boleh jalan, saya jalan. Kalau tak boleh, Azizah jalan, habis cerita,” katanya.

Pada pencalonan kelmarin, Anwar dan Wan Azizah menghantar borang pencalonan melalui wakil masing-masing untuk bertanding jawatan presiden.

Sebelum ini, Wan Azizah memegang jawatan presiden parti bermula 1999 manakala Anwar dipilih sebagai ketua pembangkang sejak 2008.

Wan Azizah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pencalonan Anwar kali ini berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan jika beliau terpilih berikutan sabitannya dalam kes liwat II.

Beliau sebelum ini memfailkan rayuan terhadap penghakiman dan sabitan kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan. sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...