Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 05, 2012

Pakatan Rakyat siap hadapi PRU November, tapi Najib gerun angka ’11′

KEMPEN!!

KUALA LUMPUR 4 September: Walaupun angka 11 merupakan nombor kegemaran Najib Razak, tidak bermakna beliau serta Umno BN memenangi pilihan raya umum (PRU) nanti, terutama apabila ia diadakan pada November, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“Angka 11 yang diperkatakan Najib tidak memberi apa-apa kelebihan kerana sebelum ini pada PRU 1999 yang juga diadakan pada bulan November menyaksikan Umno BN mengalami kekalahan teruk,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausha Mesyuarat Pakatan Rakayat di Ibu Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk ucapan Perdana Menteri di Sabah Ahad lalu yang membayangkan PRU 13 mungkin diadakan November ini.
Mustafa berkata, Pakatan Rakyat (Pakatan) bersedia hampir 100 peratus untuk menghadapi PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Pakatan Rakyat sudah lama bersedia, hampir seratus peratus dan jentera kita bersiap sedia sepenuhnya jika PRU akan diadakan dalam masa terdekat ini,” tegas beliau.

“Berdasarkan ucapan Najib tersebut, saya tidak menolak bahawa sememangnya beliau mahu PRU diadakan November ini, malah kebelakangan ini juga ada ura-ura induksi PRU akan dijalankan pada bulan tersebut,” kata Mustafa.

Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, kata Najib, tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubung kait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.
Menurut Najib, Umno berusia 66 tahun pada tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.

Jelas beliau, nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.
“Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik,” katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok./KeadilanDaily

Komen : UMNOBN wajib!! di kuburkan!!!!!! 

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
 

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...