Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 11, 2012

Singapura perlu jelas dakwaan diskriminasi pekerja Sabah, Sarawak – DSAI

KUALA LUMPUR 11 September: Kerajaan Singapura perlu menjelaskan dakwaan bahawa republik itu melakukan diskriminasi terhadap kemasukan pekerja dari Sabah dan Sarawak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik laporan The Star bertarikh 10 September yang menyatakan permohonan visa kerja bagi lelaki berumur bawah 35 tahun dari negeri berkenaan, ditolak kerajaan singapura.

“Kerajaan Singapura, melalui kementerian tenaga manusia mesti menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai perkara itu.

“Jika laporan itu benar, Singapura bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi,” kata Anwar dalam kenyataan lewat malam ini.

Kata Anwar, adalah menjadi hak Singapura mendapatkan sumber manusia, namun salah dari segi moral apabila mendiskriminasi tenaga buruh dari Malaysia berdasarkan negeri tertentu.

“Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama. Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo,” kata Anwar./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...