Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 03, 2012

Syaitan!!! Serang masjid: Umno tak tahu beza rumah ibadat dan tempat maksiat

PENANTI 3 September: Tindakan membaling kasut ke dalam masjid dan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib membuktikan Umno BN sudah tidak boleh membezakan antara rumah ibadat dengan tempat maksiat.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, provokasi melampau oleh samseng Umno ini membuktikan mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa yang semakin hilang menjelang pilihan raya umum.

“Tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat akan menukar bendera negara adalah antara provokasi yang mereka lakukan. Membaling kasut ke dalam masjid di Seberang Pumpong juga terbukti bahawa mereka tak mampu membezakan rumah ibadat dengan tempat maksiat,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

“Bertindak seperti Along membaling cat merah dalam banyak insiden juga membuktikan mereka terdorong ke arah perlakuan melampau dan ekstrim,” katanya pada ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan artis Abby Abadi.
Keadilan Daily melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, mengekalkan Umno akan membawa kemusnahan bukan sahaja kepada rakyat, malah mendatangkan musibah besar kepada negara.

“Jika Umno dibiarkan berkuasa, banyak lagi kerosakan yang akan berlaku dalam negara, ” ujar beliau./KeadilanDaily

Komen : Jangan undi umno lagi...... jika tidak anda akan menyesal lima tahun akan datang..... ubah kerajaan baru yang adil lagi bersih......

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!  

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...