Setiausaha Agungnya, Moeis Basri berkata, PGSM sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi semua peguam syarie, melahirkan rasa kecewa dengan penerbitan filem tersebut yang tidak sensitif kepada orang Islam di seluruh dunia.
"PGSM bersetuju dan menyokong bantahan yang telah dibuat oleh banyak pihak terutama oleh orang Islam di seluruh dunia berkenaan filem tersebut.
Bagaimanapun, tegasnya, PGSM tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi secara melampau sehingga melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
"Tindakan sebegini boleh mengundang persepsi yang lebih negatif kepada agama Islam itu sendiri yang sebelum ini sering dikaitkan dengan keganasan," tegas Moeis.
Sehubungan itu, katanya, PGSM menyeru umat Islam supaya berhati-hati sekiranya ingin mengadakan demonstrasi bantahan terhadap filem berkenaan agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang bertujuan "supaya kita bertindak agresif lalu memberi imej buruk kepada agama Islam".
"PGSM menganjurkan agar umat Islam bertindak lebih rasional dan intelektual dalam isu ini dengan memberi gambaran yang baik terhadap Rasulullah dan agama Islam kepada golongan bukan Islam sebagaimana anjuran daripada agama Islam sendiri untuk menyeru atau berdakwah dengan cara berhikmah dan contoh yang baik," tambahnya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...