Anggota tuntut SUPP keluar dari BN
Hampir semua anggota jawatankuasa pusat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menuntut parti itu keluar daripada BN negeri untuk menghentikan 'dibuli' oleh anggota komponen yang lain.
"Tiada komen," kata presidennya Datuk Seri Peter Chin ketika diminta mengesahkan tuntutan yang difahamkan disuarakan dalam mesyuarat di ibu pejabatnya semalam.
Beliau juga dikatakan mendapat kritikan hebat terhadap dakwaan kepimpinan 'lemah' dan kurang tindakan terhadap puak tidak puas hati dalam parti yang diketuai oleh Wong Soon Koh yang mengetuai bahagian Sibu.
"Mereka boleh kata saya presiden yang lemah. Itu pandangan mereka," kata Chin ketika ditanya.
Anggota jawatankuasa SUPP yang enggan dinamakan mendakwa, parti itu "dizalimi, diabaikan atau diketepikan" oleh BN negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejak Chin dipilih sebagai presiden Disember lalu./MalaysiaKini
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...