Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 22, 2012

Pergolakan Umno Perlis faktor kemenangan Pakatan- AMK

KUALA LUMPUR 22 Sept: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali.

Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis,” kata Ammar ketika dihubungi.

Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang.

Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.

Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN.
“Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin ditolak rakyat,” jelas Ammar./KeadilanDaily

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...