Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 15, 2012

Kereta import tetap murah walau AP dibida secara terbuka – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 14 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata harga kereta import masih boleh dijual murah walaupun permit import dibida secara terbuka
Beliau berkata, ia mengelakkan manipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlebihan hingga menyebabkan harga kereta melambung tinggi.

Menurut beliau, hasil bayaran AP yang diterima kerajaan boleh digunakan bagi menampung kos menghapuskan cukai kereta dan bukannya tersekat di tangan orang tengah.
“Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50% walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka.

“Sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 iaitu sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka.
“Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas persoalan dibangkitkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, kononnya harga kereta import tidak boleh diturunkan jika pembida AP menawarkan harga tinggi.

Menerangkan lebih lanjut, Rafizi mengambil contoh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang membeli sebuah kereta import menerusi AP yang diperolehinya sebagai Ahli Parlimen.
“Beliau (Pua) membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke. Harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal adalah RM45,000.

“Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85%, cukai jualan 10% dan duti import sebanyak 30%,” katanya.

Rafizi berkata, Pua bernasib baik kerana beliau hanya membayar RM100,000 untuk kereta itu melalui AP sendiri, berbanding  membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan berharga RM160,000.

Katanya, perbezaan harga RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga pemegang lesen AP boleh mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

    

1 ulasan:

  1. (( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...