Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 21, 2012

Selesaikan siasatan 13 Mei, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Hanya pendedahan awam sepenuhnya berkenaan dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang masih diselubungi kerahsiaan akan membantu rakyat Malaysia meletakkan perkara ini sebagai perspektif masa lalu dan bergerak sebagai sebuah negara, kata veteran DAP, Lim Kit Siang (gambar).
Pemimpin pembangkang itu mahu siasatan penuh berkenaan dengan tragedi berusia 42 tahun itu, termasuk dakwaan bahawa dia telah membuang air kecil pada tiang bendera kediaman Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu itu.


- Gambar fail
Lim telah diserang oleh penulis blog pro-Umno yang menggunakan insiden tiang bendera yang didakwa sebagai bukti bahawa beliau telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei, walaupun telah berkali-kali menegaskan beliau tidak berada di ibu kota dari 10 hingga 13 Mei pada tahun 1969.
 Veteran Umno, Datuk Mazlan Harun yang juga anak kepada bekas MB Selangor pada ketika kejadian 13 Mei memberitahu The Malaysian Insider dalam laporan yang disiarkan semalam bahawa seorang bekas timbalan menteri telah memberitahunya mengenai laporan tentang kejadian itu.

Ketika dihubungi semalam, Lim terkejut dengan kenyataan Mazlan dan berkata,  “ia adalah khayalan imaginasi kerana saya tidak berada di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.”
Lim mendesak agar dilakukan “siasatan menyeluruh” untuk mendapatkan “akar kepada insiden itu”, dan berkata bahawa ia harus menunjukkan “sama ada ia benar, sama ada terdapat apa-apa laporan polis dan siapakah bekas timbalan menteri dalam negeri itu.”

“Biarlah laporan polis dibuat kepada umum supaya kebenaran boleh keluar,” katanya, walaupun dia masih ragu tentang kewujudan apa –apa laporan.

Beliau turut mengatakan bahawa siasatan penuh diperlukan supaya “kebohongan ini dipadamkan selama-lamanya”, bukannya i”digunakan dan dikitar semula”.
Akan tetapi Lim menekankan siasatan penuh tentang 13 Mei perlu dilakukan tanpa berniat untuk menyalahkan sesiapa akan tetapi dilakukan supaya semua orang boleh belajar dari insiden tersebut.
“Satu siasatan penuh akan membantu jika tujuannya adalah untuk bergerak ke hadapan, bukannya untuk menyalahkan sesiapa, dan insiden ini sudah 43 tahun berlalu.”

“Segala-galanya adalah untuk bergerak ke hadapan. Kita tidak harus dihantui oleh masa lalu, dengan hantu 13 Mei.”
Beliau bersetuju dengan Mazlan bahawa cerita tentang 13 Mei tidak seharusnya diungkit, akan tetapi beliau berkata ia tidak seharusnya “atas dasar menyebarkan ramuan pembohongan.”
“Terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan yang ingin ... memberitahu cerita bohong mengenai 13 Mei oleh kerana agenda politik tertentu,” katanya, sambil menambah bahawa tindakan itu adalah “paling dikesali dan anti-nasional.”

Walaupun beliau tidak mengatakan siapa yang “anti-nasional,” beliau kemudian berkata “kepimpinan Umno mesti mengambil pendirian untuk memisahkan diri” daripada pejuang siber Umno.
Sikap berdiam diri oleh Umno akan menunjukkan bahawa Umno “membiarkan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Lim juga menolak kebimbangan rusuhan berulang selepas pilihan raya dan berkata: “Selepas 43 tahun, banyak yang telah berubah, persoalan 13 Mei sudah tiada”
“Jika Umno hilang kuasa dan BN (Barisan Nasional) diganti, ia akan digantikan oleh PR (Pakatan Rakyat) yang mewakili semua kaum dan agama. Persoalan 13 Mei tidak seharusnya telah dibawa dalam konteks ini.”

Pilihanraya umum 1969 telah menyaksikan Umno dan gabungan Parti Perikatan, hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi majoriti buat pertama kali selepas Merdeka.
Kekalahan Parti Perikatan yang memeranjatkan itu kemudian telah diikuti dengan rusuhan etnik yang paling teruk di Malaysia, yang dikatakan telah menyebabkan lebih dari 2,000 kematian.

Pada pilihan raya 2008 lalu, BN (dijenamakan semula dari Perikatan) menerima nasib sama seperti Perikatan pada pilihan raya 1969 apabila hilang penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.
Walaubagaimanapun, BN masih menang undi popular dan mengekalkan kuasa.

Rusuhan kaum 13 Mei seringkali dijadikan ‘momok’ kepada pengundi agar terus mengekalkan BN.
Bulan lalu, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata anak muda Malaysia harus bersatu bagi menggelakkan kejadian rusuhan kaum 13 Mei dari berulang.

Kenyataan beliau sempena pilihan raya umum 13 datang yang bakal menyaksikan pertembungan hebat diantara BN dan PR./TheMalaysiaInsider

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...