Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 31, 2012

Sekarang masa untuk kembali tuntut kemerdekaan- Anwar Ibrahim


BENTONG 31 Ogos: Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat pejuang kemerdekaan adalah untuk memberikan kebebasan kepada rakyat sepertimana terkandung dalam perisyhtiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

“Sebab itu disebut oleh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy – ‘Di bawah robohan Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. Tapi, sampai hari ini rakyat seperti tidak merdeka.

“Ketika sebelum mencapai kemerdekaan, penjajah menjarah kekayaan negara untuk dibawa pulang ke tanah jajahan. Hari ini, aset negara diagih-agihkan sesama kroni Umno-BN untuk menimbun kekayaan.
“Apa dia janji yang diucap Bapa Kemerdekaan pada malam 31 Ogos 1957? Untuk menjamin kebebasan. Untuk menjaga hubungan rakyat antara kaum. Hal yang ini pun belum tercapai

“Zaman Inggeris ada akhbar, bebas kritik penjajah. Zaman Umno, tak bebas, tak boleh kritik.
“Sekarang adalah masa untuk kita tuntut kembali kebebasan itu,” kata Anwar di hadapan 300 hadirin pada jamuan hari raya Keadilan Bentong di Taman Meranti, hari ini.

Tambahnya, paling kritikal ketika ini adalah ketidaksamaan ekonomi, dengan jurang pendapatan golongan kaya-miskin semakin melebar.

“Semua kena hutang. Orang miskin dipaksa bayar. Tapi, bila Menteri hutang tak mengapa. Ini tak betul.
“Tidak boleh ada anak Melayu, anak Cina atau anak India yang nak masuk belajar, tapi sampai berhutang, kena pinjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara).

“Sebab itu Pakatan Rakyat mahu bawa perubahan, mahu beri penerangan,” kata Anwar, merujuk jelajah ‘Merdeka Rakyat’ yang dilakukan Keadilan./KeadilanDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...