Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 11, 2012

'Apa salahnya kami himpun 30 Ogos' - Datuk A. Samad Said


A.Samad Said dalam sidang bersih
Penganjur Himpunan Janji Bersih bersama kain rentang pada sidang media di Kuala Lumpur, pagi tadi.
GOMBAK - "Apa salahnya?" Itu reaksi Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said ketika diminta mengulas kritikan beberapa pihak berhubung penganjuran Himpunan Janji Bersih 2.0 pada 30 Ogos menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sasterawan Negara ini menegaskan bahawa Dataran Merdeka adalah tempat awam yang menjadi milik rakyat dan tidak harus ada halangan untuk mengadakan sebarang majlis berkepentingan rakyat.

"Dataran Merdeka itu tempat simbolik. Tempat pembebasan daripada penjajah. Ia bukan hak kerajaan, ia hak rakyat. Jadi sesiapa pun boleh," kata beliau.

Beliau ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)  di sini malam tadi.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan pandangan bahawa himpunan itu tidak wajar diadakan pada hari berkenaan di Dataran Merdeka menjelang ambang sambutan kemerdekaan.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi membidas penganjuran Himpunan Janji Bersih sambil menyifatkan langkah itu mengganggu kelancaran sambutan Hari Kemerdekaan.

Katanya, kelicinan sambutan Hari Kemerdekaan tidak sewajarnya diganggu dengan aktiviti bercorak politik yang sedemikian.

Beliau menegaskan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai program negara bukan program politik.

Lebih 20 NGO mahu menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 berhubung dengan lapan tuntutan Bersih 2.0, yang diadakan Julai 2011 dan April lalu.

Mengumumkan perkara itu di ibu negara kelmarin, Samad berkata, tujuan utama himpunan itu adalah untuk membawa mesej rakyat yang mahukan Malaysia menjadi negara bersih dan adil.

Mengulas lanjut kritikan itu malam tadi, Samad berkata: "Apa salahnya? Dia (Saifuddin) boleh kata apa saja. Kita sama-sama mahu sambut merdeka. Kami boleh adakan (himpunan) di mana saja."

Menurutnya lagi, sewajarnya himpunan itu langsung tiada halangan daripada mana-mana pihak.

Mengulas isu baju kuning yang akan dipakai oleh peserta program tersebut, beliau menjawab: "Kuning itu bukan warna yang haram."

Tambah Samad: "Baju kuning itu hanya simbolik. Orang ramai yang hadir boleh pakai apa saja tetapi sebaiknya biarlah warna kuning untuk menunjukkan hasrat yang satu."

Beliau menolak keras apabila ada dakwaan yang mengaitkan Himpunan Janji Bersih itu dengan permainan politik.

"Tidak wujud politik. Bersih itu sendiri bukan politik, apa lagi digabung dengan kelompok NGO lain yang tidak mewakili dunia siasah," tegas beliau./SinarHarian

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
    

4 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...