Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 15, 2012

'Saya pantau sendiri pentadbiran MB S'gor' - DSAI

Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri memantau pentadbiran di negeri itu dan sehingga kini sangat berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya tidak mendiamkan diri. Tadi saya bertemu menteri besar, minggu lepas juga saya ada bincangkan hal-hal melibatkan beberapa keputusan (peringkat negeri).

"Tetapi saya harus menerima dan juga mengiktiraf kedudukan menteri besar dan kewibawaan beliau dan pimpinan kerajaan negeri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Noh supaya Khalid meletak jawatan jika gagal mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti.

Menurut Anwar, 'serangan' yang diterima pentadbiran Khalid dari Umno di negeri itu masih mampu ditangani Khalid selaku menteri besar.

"Saya berikan pandangan, laporan sampai kepada saya, saya bincang dan saya tak anggap ada apa-apa yang begitu serius sehingga boleh mencabar keutuhan kerajaan negeri Selangor.

"Setakat ini kita boleh tangani dengan baik. Dia diserang, sekarang ini kita tumpu di Sabah," kata Anwar.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan membincangkan penyelarasan sambutan kemerdekaan peringkat negeri-negeri Pakatan yang berlangsung serentak dengan sambutan 'Janji Bersih' anjuran 26 NGO bersama BERSIH.

"Pakatan Rakyat ada dimaklumkan dan setakat ini kami memutuskan untuk adakan sambutan kemerdekaan  di Shah Alam.

"Saya harus lihat bagaimana kita boleh selaraskan perkara ini," kata Anwar.

Perhimpunan 'Janji Bersih' dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos depan untuk mengingatkan kerajaan tentang janji-janji untuk mereformasikan sistem pilihan raya./MalaysiaKini

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...