Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 08, 2012

Power!!!!!! Anwar Ibrahim ahli politik pertama Malaysia terokai Google Hangout

KUALA LUMPUR 8 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui program ‘Borak Bersama Anwar’.

Program yang berkonsepkan chat secara langsung di YouTube itu ditetapkan pada 17 Ogos, jam 10.30 malam.

Menurut Penyelaras Program Pejabat Ketua Umum itu, Najwan Halimi, program tersebut merupakan sesi untuk Anwar berborak secara santai melalui media sosial, dalam usaha mendekati rakyat terutama anak muda.

“Tercetusnyanya idea ini juga kerana kepayahan Anwar untuk mendapat akses kepada media arus perdana, jadi kita ambil jalan alternatif agar beliau dapat berinteraksi bersama golongan muda,” jelasnya.

“Google Hangout ini merupakan program yang membolehkan Anwar bersama 9 lagi panel beinteraksi melalui Youtube dan disaksikan penonton seluruh dunia,” kata Najwan ketika dihubungi.
Orang ramai digalakkan untuk menghantar soalan video mereka melalui YouTube dan berkongsi pautan pada facebook atau laman acara Google Plus.

Soalan dan nota yang dihantar akan diteliti untuk menentukan topik pada malam itu. Individu yang mengutarakan soalan menarik juga akan dijemput menjadi panel dan bersiaran secara langsung bersama Anwar pada malam itu.

Mereka yang berminat boleh menghantar soalan melalui laman acara Google Plus ‘Borak bersama Anwar’; laman Youtube ‘anwarhangout’ atau facebook ‘Borak Bersama Anwar’./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
 
    

4 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...