"Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam.
"Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.
Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara.
Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.
"Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi.
"Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka."/MalaysiaKini
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
Alhamdulillah...iman yg dpt menggerakkan kita utk melaksanakan kerja2 yg elok utk kebaikan orang ramai kerana Allah..bagusnya DSAI ni..dr tahun 70an lg beliau mcm ni..istiqamah utk kebaikan
BalasPadam