Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 28, 2012

Panas!!! Kerajaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang DSAI

KUALA LUMPUR 27 Ogos: Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.

Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.
Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.

Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.

“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan,” kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.

Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.

Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.
Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”, bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.

Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia./KeadilanDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  
    

1 ulasan:

  1. Zionis Yahudi tu dilaknat Allah! Yang berkawan dan mengambilnya sebagai penasihat juga akan dilakna Allah. Tak perlu pergi jauh lah kalau nak tau, tanda-tanda orang dilaknat ni, dia akan merapu bila bercakap. Adakan Najubbur tak merapu? Dulu beriya-iya cakap hudud takkan dilaksanakan di Malaysia, kini kata dia memerintah negara berpandukan Quran dan hadis konon! Chit, Munafik!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...