Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 28, 2012

Pasti Hot!!!! Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta



KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.


Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.

“Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, pelancaran Kempen Turunkan Harga Kereta dibuat kerana KEADILAN merasakan ia adalah cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:
i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;

ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;

iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;

iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);

v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.
“Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan,” ujar beliau.

Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Tambah beliau, KEADILAN akan mengadakan forum di seluruh negara bermula September ini sempena kempen tersebut.

“Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea tentang isu penting ini,” katanya./KeadilanDaily

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...