Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 26, 2011

Pakatan Rakyat Alternatif Rakyat Membuat Perubahan - Azmin Ali

JOHOR BAHRU, 25 Nov: Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti yang mana melalui sistem itu rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat.
Justeru itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja Umno untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat.
“Rakyat mesti menolak mereka kerana mereka bersekongkol dengan musuh demokrasi. Mereka ini tidak lebih dari kembiri politik,” tegasnya ketika merasmikan Kongres Tahunan AMK dan Wanita PKR di Pulai, pagi tadi.

Tambahnya, tsunami politik yang berlaku mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan.
Menurutnya, rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun.
Katanya lagi, kebobrokan politik Umno sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan mereka mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.

“Sekali lagi kita bersyukur kerana muafakat politik yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif kepada pilihan rakyat untuk melaksanakan perubahan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Gombak.
Tegasnya, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad.HarakahDaily

  Memo Untuk Rakyat Malaysia!!
    

1 ulasan:

  1. Semua keburukan wakil rakyat UMNO, rakyat telah mengetahuinya.Oleh itu buatlah tapisan yang ketat
    pada bakal calunx PKR dalam PRU kelak.Dan jangan
    sekalix meletak ALIAS BIN ZENON sebagai calun
    dalam PRU kelak.Bernaung dibawah Parti Keadilan
    Rakyat dan bercakap mengenai Keadilan untuk rakyaat tetapi diri
    sendiri menganiaya pekerjanya.Merupakan Pengurus
    Cawangan JERAI SECURIYT Kuala Kangsar telah menamatkan perkhidmatan pekerjanya tanpa notis
    kerana pertikaikan kelewatan pembayaran gaji dan
    'advance'.Inikah jenis calun yang akan diletakkan dalam PRU kelak?Harap orang yang berkuasa dalam PKR menyiasat isu ini.Orang jenis
    inilah yang akan melompat bila timbul sesuatu krisis kelak.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...