Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 26, 2011

Undi Melayu Penting : PKR tumpu sokongan peneroka Felda

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda.

Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan.

"Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini.

Tawaran utama PKR untuk memenangi hati warga Felda ini dikenali Janji Palong – manifesto khas enam perkara untuk "mengangkat martabat dan maruah warga Felda di seluruh negara."

Manifesto yang dilancarkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di gugusan Felda Palong, Negeri Sembilan itu antara lainnya menawarkan janji untuk memansuhkan Felda Plantations dan membuka 830,000 ekar tanah kepada peneroka.

Manifesto berkenaan, dilancarkan Isnin lalu, turut menawarkan untuk membuka tanah rancangan baru dengan melaksana skim baru untuk kepentingan generasi kedua dan ketiga Felda.

Selain itu, Janji Palong turut menawarkan janji untuk menghapuskan beban hutang yang ditanggung peneroka dengan mengemukakan kos penyata pendapatan sebenar yang patut diterima golongan tersebut.

Melalui Janji Palong, PKR juga berjanji untuk menyediakan perumahan yang selesa kepada warga peneroka, dengan tumpuan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Satu lagi janji utama PKR adalah untuk memberikan hasil sawit peneroka kepada 28 peratus, seperti yang diperolehi sekumpulan peneroka di Felda Kemahang 3 selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Turut ditawarkan ialah agihan bantuan dan insentif yang adil kepada warga Felda, dianggarkan melibatkan 112,000 keluarga, melalui galakan untuk mengusahakan tanaman sendiri.MalaysiaKini

  "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"
    

1 ulasan:

  1. 'PKR akan memfokuskan kepada isu orang MELAYU yang
    dianiaya UMNO.'Aku sama sekali tak setuju sekiranya PKR menggunakan ayat ini seandainya PKR
    tidak menyiasat kes ALIAS BIN ZENON.Mamat ini yang
    merupakan Pengurus Cawangan JERAI SECURITY KUALA
    KANGSAR telah menganiaya pekerjanya dengan menamatkan perkhidmatan tanpa notis sebulan.Semua
    ini disebabkan mempertikaikan kelewatan pembayaran
    gaji dan 'advance'.Sekiranya pekerjanya melakukan kesalahan,surat amaran sepatutnya diberikan dan siasatan dalaman dibuat.Mamat ini
    cuma memberi surat tunjuk sebab dan apabila dijawab sebab kesalahan dilakukan,mamat ini terus menghantar surat tamat perkhidmatan kepada
    pekerjanya.Kes mamat ini dalam siasatan Pejabat
    Buruh.JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...