Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 19, 2011

16 Sept Adalah Benar.!!! - Dr Syed Husin Ali

Projek 16 Sept: 30 MP BN sedia bersama PR

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali berkata, menjelang beberapa hari sebelum 16 September 2008, sekurang-kurangnya 30 anggota parlimen BN sudah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Melalui buku tulisannya 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali', beliau menceritakan anggota parlimen itu ada dari Semenanjung dan juga Sabah Sarawak dan majoritinya adalah bukan Melayu atau Bumiputera bukan Islam.

"Kami (Majlis Pimpinan Pakatan) bersetuju bahawa seandainya kerajaan baru hendak ditubuhkan, maka majoriti anggotanya hendaklah terdiri daripada orang Melayu atau Muslim.

"DAP pun setuju dengan pandangan ini," ceritanya dalam Bab 7: Keadilan menghadapi cabaran dibawah tajuk 'Peristiwa 16 September'.

Menurutnya, tugas menarik lebih ramai ahli Umno untuk berpindah itu diberikan kepada Azmin Ali dan Saifuddin Nasution.

"Khabarnya salah seorang dari Terengganu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, yang kebetulan meninggal selepas itu," tulis beliau lagi.

Menurut beliau lagi, beliau juga mendapat maklumat veteran Umno Tengku Razaleigh juga akan menyertai Pakatan bersama empat pengikutnya.

"Tetapi beliau mengenakan syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Beberapa pemimpin Pakatan secara tak rasmi dalam perbualan mereka katanya, menyatakan boleh menerima syarat tersebut jika Tengku boleh membawa 15 hingga 20 orang ahli parlimen BN lain bersamanya.

Tambahnya, pucuk pimpinan Umno menyedari hal-hal yang berlaku ini, oleh sebab itulah beberapa hari sebelum 16 September mereka telah mengangkut sebilangan besar Ahli Parlimen Umno-BN ke Taiwan dengan alasan kononnya hendak meninjau perkembangan pertanian  di sana.

Dr Syed Husin juga menulis ada juga sesetangahnya di terbangkan ke Macau dan New York.

Dalam pada itu pemimpin Pakatan Rakyat sependapat bahawa proses menjatuhkan kerajaan Umno-BN hendaklah dilakukan mengikut Perlembagaan melalui undi tidak percaya dalam Parlimen dan dalam pada itu beberapa kali Anwar selaku Ketua Pembangkang cuba mengemukakan isu untuk usul undi tidak percaya,secara langsung atau tidak langsung akan tetapi Perdana Menteri melalui Speaker tidak membenarkannya.

Walaupun surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong memohon agar Sidang Khas Parlimen diadakan tetapi tiada jawapan diterima dari Yang di-Pertuan Agong.

Melalui perbincangan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat serta mengambil kira nasihat daripada kalangan yang rapat dengan Istana maka keputusan diambil seperti berikut:

Pertama, tiada jaminan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan bertindak melantik Perdana Menteri baru berdasarkan majoriti yang diperolehi melalui bukti surat bersumpah.

Kedua, pemimpin Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada prinsip bahawa perubahan kuasa hendaklah dilakukan melalui proses undi tidak percaya, sebagaimana yang biasa diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

Dalam suasana tanpa keputusan ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengambil beberapa tindakan antaranya beliau memastikan pihak polis sentiasa mengintip gerak geri orang diketahui mungkin akan berpindah, malah sesetengahnya telah diugut dengan tindakan oleh pihak polis dan juga pegawai anti rasuah.

Ketiga, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak kira-kira RM3 bilion untuk projek-projek pembangunan Sabah-Sarawak.

Keempat, Najib telah melantik beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak terutama yang diketahui memainkan peranan utama untuk berpindah menyokong Pakatan Rakyat ke jawatan-jawatan politik tertentu.

Segala tindakan ini meredakan sedikit keadaan, akan tetapi Najib dan kerajaan yang dipimpinnya masih merasa tercabar oleh kekuatan Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin juga mendedahkan Najib menjalankan strategi serampang empat untuk melemahkan bahkan memupuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Strategi tersebut dengan cara memfitnah Anwar, mencemarkan nama baik PKR, memecahbelahkan Pakatan dan memburukkan kerajaan yang dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.HarakahDaily

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...