Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, November 27, 2011

Orang Berkuasa di Johor Warning!!! PKR


Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff
JOHOR BAHRU – Polis tidak membatalkan permit ceramah yang dimohon PKR namun menegaskan ia belum diputuskan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis menolak permohonan PKR untuk mengadakan ceramah di beberapa daerah di negeri ini selepas mengambil kira keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Katanya, polis menerima permohonan PKR kira-kira tiga hari lalu tetapi menolaknya kelmarin.

“Permit dipohon menerusi ketua polis daerah. Bagi sebarang kelulusan yang diberikan, perkara tersebut akan dikaji dengan menitik beratkan akan faktor keselamatan.

“Namun jika permohonan gagal, mereka boleh menghantar rayuan kepada saya (Ketua Polis Negeri) bagi mengkaji semula permohonan mereka untuk mengadakan ceramah di sini dan saya telah diberitahu mereka akan hantar hari ini (semalam),” katanya dalam pada sidang media, di sini, semalam.

PKR menerusi Timbalan Presidennya, Mohd Azmin Ali yang menghadiri majlis perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, semalam mendakwa polis membatalkan semua permit ceramah yang dikeluarkan untuk beberapa kawasan pada saat akhir.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Mokhtar berkata, tidak timbul isu permit dibatalkan kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR tiga hari lepas.

Mohd Mokhtar turut mengingatkan PKR agar tidak meneruskan aktiviti ceramah selagi permit masih belum diluluskan.

“Jangan menguji kesabaran kita kerana ia adalah tugas polis dan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika mereka mengadakan apa-apa ceramah di negeri ini tanpa sebarang permit daripada pihak polis,” katanya.SinarHarian

    

3 ulasan:

  1. patutnya polis bg warning mcm tu pd pencuri,perompak,perogol,pemeras ugut,mat rempit,pengedar dadah,pembunuh,kaki penipu,kaki judi,kaki pempuan dan kaki2 samseng...kalau setakat ceramah, aku x nampak mcmana blh ganggu keselamatan awam...patut pun kes2 jenayah kat negara kita makin meningkat...rupa2 ini kesnya...aku rasa geng2 yg aku sebut td pakat2 duk tepuk tgn dan ketawa gila bila polis dah tiada selera nak tgkap mereka...sbb tu la bila lapor polis kes motor hilang, polis kata itu perkara biasa jer skrg ni...paling tinggi pun suruh buat report utk claim jer...rupa2 polis tgh sibuk nak tgkap org buat ceramah...yg aku pelik, setakat aku pergi dgr org ceramah slama ni, tiada pula kes2 bunuh org ke, simbah asid kt muka org ke,jual dadah ke, gaduh ke di tmpt ceramah...yang ada, peniaga2 gerai dpt untung jual makanan dan cd pd dtg kat ceramah jer...pelik ler dgn abang polis ni...

    BalasPadam
  2. PDRM penakut sebab apa?. Ceramah pun tidak boleh?

    BalasPadam
  3. kawan2 dari Polis bersama-samalah dgn rakyat utk mendptkan Kerajaan Malaysia yg boleh diharapkan membelakan kita semua lebih baik utk anak2 cucu kita..marilah bersama kami

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...