Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, November 18, 2011

Fitnah Liwat II Najib Mahu Singkirkan Anwar..!!

'Liwat II cubaan Najib singkirkan lawan politik'

Ketika pemimpin utama negara-negara Asean membincangkan isu serantau di Bali, sekumpulan ahli parlimen Jerman cuba mendapatkan perhatian dunia berhubung perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan perbicaraan itu sebagai usaha terdesak BN untuk “menyingkirkan seteru politik”, kumpulan yang terdiri daripada Asean Parliamentary Group untuk parlimen Jerman itu berkata perbicaraan juga cubaan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum.

NONE“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

“Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik,” kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.

Justeru, mereka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.

“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka lagi.

Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.)MalaysiaKini

 Ruang Iklan Bijak Anda..!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...