Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, November 03, 2011

SPR Segera!!!! Bersihkan Daftar Pemilih - Anwar

KUALA LUMPUR 2 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya membersihkan senarai dalam daftar pemilih, tanpa menunggu saranan Jawankuasa Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana katanya, pembersihan daftar pemilih merupakan tugas penting yang harus dilaksanakan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

“Jika tiada pembersihan sebelum pilihan raya ke 13, kita bimbang senario yang berlaku menjelang PRU pada 1999 akan berulang.
“Pada waktu itu pemilih baru melebihi 680,000 dinafikan hak untuk mengundi,” kata Anwar dalam perbahasan di parlimen hari ini.
Pembersihan daftar pemilih merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Semalam, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan menggesa PSC mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan.
Azmin berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh Bersih bagi menambahbaik proses pilihan raya, tanpa sebarang campurtangan politik.

Sementara itu, Anwar berkata, meskipun beliau mengalu-alukan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjemput Ahli Pakatan Rakyat berbincang mengenai kenaikan elaun, beliau mempersoalkan kenapa Najib tidak menjemput bagi isu lain melibatkan kepentingan rakyat.
“Sebab itu kita tidak bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan elaun untuk MP kerana ia tidak sesuai dalam keadaan rakyat terbanyak masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang kian melambung,” katanya.

Beliau turut menggesa Najib supaya menjemput Pakatan rakyat berbincang dalam banyak perkara membabitkan kepentingan rakyat.
“Kita meminta Najib agar apa jua projek yang hendak diluluskan dalam sesebuah kawasan parlimen, agar MP kawasan itu juga dijemput untuk berbincang bagi memastikan projek itu benar-benartelus dan tidak berlaku pembaziran,” katanya.
Najib sebelum ini mencadangkan elaun untuk ahli parlimen dinaikkan dalam belanjawan yang dibentangnya pada 7 Oktober lalu.KeadilanDaily


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...