Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, November 13, 2011

Siasat Anwar, cubaan kerajaan alih isu

PETALING JAYA 11 Nov: Siasatan terbaru terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video fitnah adalah cubaan mengalihkan isu penyelewengan National Feedlot Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan  cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal Fidlot yang mengaitkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang.

“Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana hari ini.
Beliau berkata demikian ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang itu berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini namun KEADILAN telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong.
Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio “Datuk T” yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.
“Laporan tersebut dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar sebelum ini mengenai penglibatan Datuk K dengan video lucah sebelum ini.
“Untuk makluman, DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu  Pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini dan sekarang kita lihat pegawai polis yang sama pula membuat laporan kepada Anwar,” kata Sivarasa seperti dilapor Harakah Daily.KeadilanDaily

Ruang Iklan Bijak Anda..!!!!
Product HayatAcaiBerry..Terkini..!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...