Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 20, 2017

‘Pembohongan Agama’ demi politik,kuasa dan harta

‘Pembohongan Agama’ demi politik,kuasa dan harta
Sejak Khamis 27 Mac 2014, saat Pas sudah dua kali kemukakan kertas cadangan untuk keluar dari kerjasama politik dengan PKR-DAP ketika kemuncak serangan rakyat pada tindakan khianat Pas di Kota Damansara, Sungai Acheh, isu calon pil kuda, dan lain-lain, maka sebaik Menteri Jamil Khir bangkit cabar Pas untuk bawa hudud ke Parlimen, mungkin dah beratus kali kita nasihatkan kepimpinan bahawa “JANGAN SESEKALI percaya pada Umno”.
Sebab Umno-BN itu jahat, zalim dan pembohong besar. Bahkan setiap inci gerak-tari atau patah perkataan Umno itu semuanya adalah perangkap politik untuk hancurkan pembangkang, Islam dan Melayu.
Kita sebut tak ada satu pun sikap Umno itu boleh manfaat buat Islam atau Melayu. Kita pesan, kekallah beristiqamah demi perjanjian tahaaluf siyasi sudah disepakati yangg jelas ‘SANGAT MENGUNTUNGKAN dakwah dan politik’ itu.
Sebab matlamat jangka panjang kita adalah untuk bebaskan Malaysia dan seterusnya membawa kebebasan pada sistem yang rosak yang Umno tinggalkan.
Di situlah ruang dan medan untuk Islam menjadi sistem demi mengisi keperluan ummah dan negara kita kelak. Jangan terburu. Jangan bodoh dan masuk dalam perangkap itu!
Kalangan mereka itu adik-adik yg sangat naif politik. Baru pulang dari luar negara, dari Mesir dan Timur Tengah, jiwa penuh retorik “al-Islamu huwal haal” (Islam lah jalan penyelesaiannya) yang baru mahu berjinak dengan parti politik dan lain-lain, terus bangkit membantah, kamu semua itu bukan golongan yang tulen (asolah) dalam perjuangan Pas.
Mereka melenting -‘Hudud itu darah daging Pas, hudud perjuangan sebenar Pas’, kalau gagal buat hudud 2015 saya letak jawatan Menteri Besar, siapa yang tak sokong hudud mereka anti Islam.
Pergi mampus dengan PKRpDAP yang anti hudud hatta kita tak kesah kalah pilihan raya sekalipun, asalkan Allah redha katanya.
Kemuncaknya 7 September 2014, Haji Abdul Hadi Awang cakap lagi – kalau kamu tak setuju dengan keputusan itu, kamu keluarlah dari Pas dan tubuhkan parti sendiri. Jangan lagi duduk dalam Pas dan jadi nyamuk yang bising.
Sabtu 6 Jun 2015, disaksikan lebih 2,000 perwakilan Muktamar di Kuala Selangor, akhirnya Haji Hadi yang bergelar ulamak itu terus sanggup salah-gunakan “veto” untuk putuskan langsung hubungan dengan DAP dengan arahkan usul putus dengan DAP “diterima tanpa dibenarkan bahas” sehinggalah terbubarnya PR akhirnya.
Itulah kisah malapetaka (nakbah) ciptaan ulamak itu. Itu juga barangkali titik pertama dalam sejarah pasca Nubuwaah sesebuah sekumpulan Islam sanggup khianati perjanjian bertulis yang mereka tandatangani tanpa satu pun alasan yang mampu disandarkan.
Demi hudud sahaja katanya, habis semua dijadikan musuh. Manakala musuh Umno itu dijadikan sahabat berpeluk-cium depan khalayak tanpa lagi malu dan segan.
Sejak itu juga, hudud dah hilang. Ditukar nama RUU355 yang 4 kali bertukar-tukar matannya dan 3 kali ditangguh-tangguhkan mengikut skrip Umno. Bahkan November 2016 Haji Hadi sebut dengan bangga sekali RUU355 ini bukan sesekali untuk buat hudud di Kelantan. Satu dunia tertipu dan akhirnya melopong hairan.
Dan hari ini seorang ulamak lain pula kata tangguhkan lagi RUU355 itu hingga lepas PRU14 untuk dibawa ke Parlimen, itupun jika Pas menang katanya.
Ikhwah yang dirahmati…Inilah politik yang tiada rahmah padanya.
Episod kaffarah berupa kehinaan kata dan tindakan buruk para ustaz Pas yg terbukti dah berulang-ulang khianat dan bohong atas nama agama dan ulamak ini sudah pun di-institusikan, dan disokong pula oleh pengikut yang ta’asub secara ghulluw pada susuk ulamak itu, tanpa secebis keberanian menegur dan membetulkan.
Benarlah amaran Allah ini;
*وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ*
Maksudnya;
Bandingan mereka yang cenderong mengikut hawa nafsunya dengan melakukan “pembohongan atas nama Allah”, adalah seperti anjing, yg mana tatkala Engkau menghalaunya ia pasti menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Dan jika Engkau membiarkannya ia juga terus menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
[ Al-‘Araf 176]
Benarlah sekali,
Kisah “penunggang agama” sebegitu telah lama dinaqalkan dalam Al-Quran untuk kita bersama jadikannya sebagai pengajaran bagi berfikir.
Insya Allah beruntunglah pula siapa atau kumpulan yg meneruskan perjuangan ini berdasarkan PRINSIP PERJUANGAN yang dibentuk dari setiap ilmju dan ‘ibrah yang dilalui itu.
mdl
Picture

21 ulasan:

  1. Kalau setakat dapat kumpul 4 ribu orang tak payah nak ajar pihak yg berjaya kumpul 200 ribu org lebih dlm sesuatu perhimpunan yg dianjurkan.. bukan nak menyombong tapi nak bg kamu sedar diri bahawa segala pendapat kamu di atas (of course kecuali ayat alquran) sebenarnya dah nyata hanyalah suatu omongan kosong yg pernah diigaukan oleh G18 kpd seluruh ahli pas namun alhamdulillah hanya segelintir shj yg terpedaya..

    Sampai bila agaknya kamu nak sedar bhw memang kami amat bersyukur bila G18 keluar daripada parti pas tanpa dihalau dan kini sudah terbukti kami ahli2 pas telah memgambil keputusan yg amat tepat lagi jitu. Kita ambil satu contoh terkini yg cukup mudah difahami.. jika majoriti ahli pas bersama G18 dulu, pastilah kini kami akan terperangkap terpaksa menyokong sebuah parti yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak secara terbuka.. kami amat tak sanggup bro.. itu hanya sekadar satu contoh di mana sebenarnya banyak lagi contoh2 lain spt dalam isu LGBT, murtad, gelar pendakwah islam SYAITON, anti islam, penghinaan kpd institusi agama dan banyak lagi..

    Syukurlah kami masih bersama pas yg dipimpin oleh seorang ulamak yg berjaya menyelamatkan kami daripada terjebak ke dalam segala isu2 negatif di atas..

    Sayonara PH!!

    BalasPadam
  2. Kenapa tak petik ayat Quran yang melarang kaum kafir diangkat menjadi pemimpin oleh muslim yang hilang arah agar dapat mereka kembali ke jalan yang benar? PANdir begitu murah menjual agama dan ayat-ayat Allah swt untuk kepentingan peribadi.

    Kehidupan didunia dijadikan indah bagi orang-orang kafir dan mereka memandang rendah terhadap orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih tinggi darjatnya daripada mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehandakiNya tanpa batas.

    BalasPadam
  3. 2.34 dan 4.04...kamu brdua ni mcm buta minda n buta hati,tk dpt melihat kebenaran yg terang2 didepan kamu...saya ni ikut Pas dri usia 14 tahun smpa skrg dh 52...terlalu terang( clear ) Allah dh tunjuk songsangnya pemimpin Pas skrg..terlalu beda dgn TGNA ,UFN .insaflah jgn suka menggelar org dan menghina,nnti diri sendiri yg terhina..inshaaAllah Allah akn tunjuk balasannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro,
      Boleh bagitau dengan lebih detail kat mana songsangnya pemimpin PAS kini.

      Kalau setakat kata melalui akal kamu itu adalah satu fitnah, sama je kamu dengan Madey dan pemimpin PANdir.

      Aku kesian kat kamu dari umur 14 hingga ke 52 tahun bersama PAS, hari ini kamu kata PAS songsang, apa matlamat kamu sebenarnya? Kesian.

      Padam
    2. Tanpa nama 5.30 ptg.
      Kamu bodoh laaa. Hari-hari makan nasi patut jadi berakal...ni tidak jadinya taik. Duduk dalam gua ke????

      Padam
    3. 5:30,

      Agaknya yg dikatakan pas ni songsang ialah bila pas tak mahu bersama dgn parti A yg bekerjasama dgn parti B yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak maka pada parti A ianya adalah perbuatan songsang!

      Sia2 je berjuang selama 52 - 14 = 38 tahun di mana akhirnya parti B juga yg disokongnya setelah menganggotai parti A.. diharap sempat kembali kpd perjuangan islam sebelum memghembus nafas yg terakhir..

      Padam
    4. Ibarat anjing pakai srbsn dulu menyalak sana sini tiba2 jadi bodh teliur ayaq liur melihat tulang2byg dihidang. Akhirnya rumah tuannya tidak dipeduli dari pencuri kerna gelojoh dapat nikmat duniawi. Yg bathil jadi benar n sebaliknya. Islam dijadikan sebagai topeng utk menutup wajah2 khadam dajal.

      Padam
    5. Betul.. sebab tu lebai pan tak kesah partinya bersama dgn parti lain yg bersekongkol dgn penganjur pesta arak..

      Padam
  4. mana sampai 200k da... pandai menipu jg islam lebai pas nih.. seronok la umno ada pas kaki angguk lebai2 kulup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku cuma berharap lebai pan tidak menawarkan diri utk membaca doa selamat di pesta arak terbuka..

      Padam
    2. Dalam kerangka pimpinan PANdir, lebai atau ulamak hanya diletakkan dibarisan belakang kecuali kalau ada pimpinan PANdir memanggilnya kehadapan hanya untuk berdoa. Begitu hina ulamak dan lebai dalam pimpinan PANdir, kesian Ust Ahmad Awang.

      Berbeza dengan PAS, ulamak, ustaz dan lebai diletakkan dibarisan hadapan untuk memimpin jemaah dan ulamak juga yang mengetuai jemaah, takkan lebai PANdir nak memimpin jemaah dari belakang kot?

      Padam
    3. PASsembuq kuah kacang lebih. Lepas berak merata menyembuq2. Cakap bab agama mcm dia aje yg muslim tp hakikat lebih dahsyat dr yahudi. Inilah yg dikatakan agamawan akhir zaman dlm hadis Nabi SAW.

      Padam
    4. Kita cakap bab agama berserta amal bukannya bantah pesta arak hanya DALAM HATI spt lebai pan..

      Padam
  5. Parti lebai.. Patutlah dlm politik dah 60 tahun x pernah menang.. Bodoh politik rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemenangan itu hak Allah bukannya hak DAP.. maka PAS tak perlu jadi pak sanggup utk diletakkan kolar di tengkuk sambil talinya ditarik oleh DAP.. PAS hanya perlu berusaha utk terus cari keredhaan Allah dgn caranya sekarang dan bukannya cari keredhaan DAP seperti sebuah parti lain yg mengaku islam..

      Padam
    2. Memanglah tu hak Allah swt malahan Dia menentukan segala2nya, tapi kalu pemikiran matang menggunakan pale lutut dgn mengharap sarban Besar tong sampah bukan matang namanya tapi lebai malang

      Padam
    3. Itu je la hujah kalian....kesian la.

      Padam
    4. 10:40;

      Pada pan, adakah matang tu bila kita duduk berdiam diri sahaja bila ada org nak anjurkan pesta arak?

      Kalau begitu, aku redho ko panggil aku belum matang..

      Padam
    5. Kenapa PAs Kat joho tak riuh pesta arak kat sana. Kat ganu pun ada katanya. Takkanbuta mata atau hati dah dibutakan sejak becinta dengan uno.

      Padam
    6. Kan mb johor dah kata promosi arak dibuat secara tertutup..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...