Yb Khalid : Pas berjangkit 'penyakit' Umno,

Khalid Samad02
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menyifatkan Pas bersikap seperti Umno yang berbangga dengan jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurutnya, Pas menganggap mendapat sokongan rakyat teramai padahal prestasi parti berkenaan pada 2013 dibantu pimpinan lama Pas yang pada masa ini bersama AMANAH.
"Sedikit sebanyak 'penyakit' yang dihinggapi Umno-BN telah menjangkiti Pas. Mungkin ini disebabkan mereka kerap bertemu dan kadang-kadang berkongsi bantal yang sama.
"Bukankah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Husam Musa dan lain-lain telah turun berkempen di seluruh negara untuk calon-calon Pas?
"Bukankah Dr Hatta pengarah pilihan raya Pas pada ketika itu?" soalnya yang menyifatkan Pas sepertimana Umno-BN lupa peranan pimpinan lama dalam memenangkan calon-calon parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu turut mengingatkan Najib Razak tidak harus berbangga dengan 88 kerusi Parlimen yang telah dimenangi Umno-BN.
Tanpa sumbangan 'pesara politik' yang dicemuh Presiden Umno itu, jelasnya, pencapaian Umno-BN jauh lebih buruk.
"Sebahagian darinya, kalau tidak kesemuanya, dimenangi dengan bantuan 'pesara politik' seperti mana digelarnya, yang sekarang ini bersama PH (Pakatan Harapan).
"Tanpa mereka (Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Mahyuddin) sudah pasti prestasi Umno-BN akan semakin terjejas," tegasnya dipetik dari akhbar keluaran terbaharu AMANAH Edisi 61, 30 Julai - 5 Ogos.
Beliau berpendapat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz telah berperanan membantu Umno-BN untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013.
"Atau Najib menganggap Kedah dirampas kembali semata-mata atas kekuatan dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz?
"Dan tidakkah begitu juga di Johor? Tidakkah Tan Sri Mahyuddin berperanan membantu Umno-BN supaya terus berkuasa di negeri Johor?" soalnya.
Paling kurang 80 kerusi
Mengulas lanjut, Khalid berkata, keadaan DAP sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak tidak semestinya kekal jika Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU-14 dengan paling kurang memperoleh 112 kerusi Parlimen.
"Sekiranya DAP kekal dengan 38 kerusi atau bertambah menjadi 42 kerusi sekalipun, jumlah kerusi AMANAH, Keadilan dan PPBM mesti melebihi 80 kerusi.
"Ini bermakna kerusi yang dimenangi tiga parti ini mesti bertambah dari 37 yang ada sekarang ke paling kurang 80 kerusi. Dan ini bukan sesuatu yang mustahil memandangkan sokongan terhadap tiga parti ini sedang bertambah hari demi hari," ujarnya lagi.
mdl
Your image is loading...
Previous
Next Post »

7 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Ogos 2017 11:27 PG delete

Kita tengok PRU 14 nanti siapa yang rebah.

Pengkhianat dan barua DAPigs.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
2 Ogos 2017 1:15 PTG delete

Cukup2lah tu kaitkan pas dgn PH.. kami tak sudi bersama PH.. malah dah serik dgn penerimaan PH terutama PKR dan DAP kpd agenda islam.. semua kali putarbelit.. mujur pas dah tak sanggup lagi utk terpedaya mcm sebelum ini..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Ogos 2017 1:24 PTG delete

Nada2 kecewa seorg walaun yg bakal melihat partinya menjadi dah tak relevan lepas pru nanti...kesiannn

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Ogos 2017 1:27 PTG delete

Mcmlah umngok tu jujur sgt nak islam... x payah bisinglah... kami dah tau peranan pascai tak lebih hanya sbg macai yg akan pecahkan undi pmbgkang dan seterusnya jadi talian hayat buat umngok...paham x walaunn...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Ogos 2017 2:34 PTG delete

Boleh dikira umno ada sikit kejujuran jika dibandingkan dengan PH yang penuh dengan pemimpin hipokrasi.

Kalau nak pembangkang menang diminta PH yang baru setahun jagung jangan mengacau undi jika PAS bertanding, jangan jadi penyambung hayat kepada BN.

PH tertubuh pun kerana kekeliruan yang ketara, sehingga ke hari para khadam PH masih keliru.

Hanya PAS yang tidak terheret dengan lakunan manusia hipokrit, sebabnya PAS adalah parti yang berpegang pada prinsip yang tidak mudah diperbodohkan oleh pemimpin hipokrit PH. Kesian Pancai yang mudah diperdaya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Ogos 2017 2:37 PTG delete

Kami PAS tidak pernah rasa kecewa dengan perjuangan Islam, yang akan kecewa nanti adalah mereka yang mementingkan jawatan dan kuasa sehingga rakyat marhaen pun diperbodohkan dengan lakunan yang jijik.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes