Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 10, 2017

Terbaik!! : Perkukuh Pakatan Harapan keutamaan PKR Kelantan


Abdul Aziz Kadir

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menganggap isu perletakan jawatan politik dalam kerajaan negeri perkara kecil kerana tumpuan utama parti itu adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PH).
"Ini perkara kecil kerana tumpuan kita dari segi politik adalah untuk mengukuhkan PH dan soal hubungan dengan Pas tidak berbangkit lagi," kata pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN), Ab Aziz Kadir mengulas pergolakan parti itu mengenai jawatan politik di Kelantan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat majlis pengerusi PH Kelantan di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kota Bharu hari ini.
Menurutnya, PKR Kelantan sentiasa bersama mendokong keputusan pihak pusat dalam semua perkara berhubung keputusan-keputusan parti.
"Apabila pihak pusat menerima keputusan Pas memutuskan tahalluf siasiy dengan kita, saya mengarahkan semua ahli parti tidak hadir dalam mana-mana pertemuan politik bersama parti itu.
"Tumpuan kita adalah bersama PH dan saya mengambil segala daya usaha untuk menjayakan kerjasama kukuh antara parti-parti dalam pakatan ini di Kelantan," katanya.
Mengenai apa yang dilihat kecoh dalam PKR kerana kenyataan yang dibuat oleh ketua penerangan negeri yang dikatakan bercanggah dengan beliau, Aziz berkata perkara itu adalah biasa dalam perjalanan organisasi.
"Ini perkara biasa dan ianya hanya melibatkan perkara teknikal yang akan diselesaikan secara baik dan berhemah." katanya.
Beliau bagaimanapun berterima kasih kerana pimpinan parti-parti rakan PH di Kelantan dilihat tenang dan tidak terikut-ikut dengan gelagat pihak yang cuba mengambil kesempatan.
"Ini perkara dalam parti dan saya bersyukur kerana pemimpin parti rakan memberi peluang sepenuhnya untuk kita selesaikan secara keluarga dalam parti kita.
"Sikap ini membuktikan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan kita bagi menghadapi cabaran lebih besar pada masa depan," katanya.
Isnin lalu Ketua Komunikasi PKR Kelantan Mohammad Azihan Che Seman mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan beberapa anggota parti itu daripada kerajaan negeri.
Dalam kenyataan itu Mohammad Azihan memberitahu majlis pimpinan PKR Kelantan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Mei dan 5 Jun lalu dan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR Pusat.
Katanya, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017.
Bagaimanapun Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir mendakawa kenyataan itu dibuat tanpa berbincang dengan kepimpinan negeri terlebih dulu.
mdl
Picture
      

6 ulasan:

  1. Saya sokong kerana pas boleh fokus kepada mana2 kerusi yg sesuai utk bertanding termasuk oleh dhpp nanti..

    BalasPadam
  2. Elok lah apa yang dicadangkan tu, selama ni PKR hanya bergantung dengan menggunakan tangga emas yang dimiliki oleh PAS, pandai2 lah kalian nanti yer!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasan betul walaun ni kononnya pascai kuat sgt... betullah walaun ni duduk dlm perigi buta... dulu pascai kuat sebab adanya tg nik aziz yg bergabung dgn pakatan rakyat... kini nak tengok ceramah pun susah... rajin sikit membaca walaun... jgn angguk jea mcm macai... hihihii...

      Padam
    2. Nama sape lagi yg pan boleh guna utk terus relevan (kononnya) dlm persada politik tanahair selain nama ATGNA ? Takkan nak guna nama UAA kut!

      Padam
  3. Wahai ajik kadir celaka... demo ada hutang dengan ambo rm593.50 (semasa PRK Manek Urai), janji jumpa di pejabat, tiga kali aku cari semua tak jumpa... ingat ajik kadir, duit tu aku tak halal dunia akhirat.. cakap penipu sokmo... memang ajik celako tapi HARAPAN tetap di hati ambo.. singkirkan ajik...

    BalasPadam
  4. najik kena singkir jugak... ajik dan najik

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...